SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?
Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEBILANGAN besar
penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu
kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi
kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.
Menurut mereka hanya
kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat
pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa
masih dirantai kemiskinan.
Yang paling ketara sekali
daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua
Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan
Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau
Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau
Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah
terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara
sejak 20 tahun lalu.
Kerajaan Barisan Nasional
(BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR
mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili,
tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang
didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang
tempatan sahaja .
Persoalannya bukankah pemimpin
BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di
negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan
yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan
menjadi rahsia lagi.
Dalam tinjauan dan
penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau
tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR,
maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada
Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN
dan satu Parlimen) di Semporna.
Dalam pada itu desas-desus
yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk
menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya);
Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi
PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen
Semporna).
Kini, senario politik di
Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di
daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk
mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak
Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.
Walaupun Semporna kaya
dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan
ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya
pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem
pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.
Apapun ini, semuanya
bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon
DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan
penderitaan rakyat Semporna.
Looks like the state government needs to appoint new faces to replace the 3 existing ADUN and MP for the next general elections.
ReplyDeleteHope that the people from Semporna will continue to vote wisely during the next general elections.
ReplyDeleteRakyat sendiri yang membuat pemilihan siapakah yang berkelayakan menjadi WR Semporna.
Deletekadaifan Semporna akan dijadika senjata pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat. ADUN dan MP Semporna perlu buktikan bahawa mereka boleh membela nasib rakyat Semporna.
ReplyDeletePenduduk Semporna jangan ingat pembangkang boleh bawa perubahan yang mendadak di daerah itu.
ReplyDeleteShafie kena berusaha lebih untuk yakinkan pengundi di kawasan beliau.
ReplyDeleteShafie perlu bersihkan namanya sebelum PRU jika benar tidak bersalah dalam skandal bersama Zahida.
Deletekawasan semporna perlu dimajukan lagi.
ReplyDeleteSemporna dibanjiri dengan warga negara asing. mungkin ini juga meruoakan salah satu punca kemunduran di sana.
ReplyDeleteDatuk Shafie semakin memburukkan nama BN Sabah. Harap Datuk Shafie dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau sekarang ini.
ReplyDeleteNot sure the people in Shafie will still vote Shafie?
ReplyDeleteMungkin Shafie tidak tanding lagi di PRu13?
ReplyDeleteAda kemungkinan juga tidak akan ditandingkan semula. digantikan dengan muka baru
DeleteBahan bukti perlu lebih power untuk menjatuhkan shafie
ReplyDelete"..dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja ..."
ReplyDeletekalaulah Shafie salurkan berjuta2 peruntukkan itu di kawasan yang majoriti adalah PATI, adakah serikandi PKR Nazmahwati tidak akan menimbulkan isu itu atau mengatakan kononnya BN hanya membantu PATI??
"..Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini,.."
ReplyDeleteadakah kenyataan ini menunjukkan PKR setuju bahawa PATI perlu dibantu untuk menikmati pembangkunan sama seperti penduduk tempatan??