Tuesday 1 May 2012

PROGRAM BELIA MESRA 1MALAYSIA BERJAYA





Oleh : SHAIMON S JUMADI

RAKYAT yang tinggal di pesisir pantai, mahupun pulau-pulau tidak pernah diabaikan dalam menikmati apa juga kemudahan mahupun bantuan sosio-ekonomi yang diperlukan.

Inilah dasar dan matlamat kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang tidak pernah jemu dan bosan untuk terus memelihara kebajikan semua kaum, tanpa mengira fahaman politik demi kesejahteraan hidup rakyatnya di seluruh pelusuk kampung agar dapat menikmati pelbagai kemudahan asas yang disumbangkan oleh kerajaan BN.

Oleh itu, sebagai rakyat yang inginkan kemajuan dalam pelbagai aspek haruslah memberikan sokongan penuh terhadap apa juga dasar kerajaan, termasuk menyokong pucuk pimpinan Negara agar segala projek yang akan disalurkan di satu-satu kawasan yang diwakili dapat disalurkan dengan sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman ketika berucap merasmi Program Belia Mesra 1Malaysia anjuran pejabat DUN Sukau yang di adakan di Kampung Bongon Besar dalam Mukim Kampung Maumiang Kinabatangan, kelmarin.



Beliau menasihati  rakyat di kawasan Sukau agar jangan mudah terpedaya oleh janji-janji parti pembangkang kerana mereka sering menabur pelbagai fitnah dan dakyah songsang untuk mengelirukan rakyat.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihanraya, saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya untuk memberi bantuan yang diperlukan walaupun ada kalanya, bantuan-bantuan yang dipohon oleh rakyat agak lewat sedikit ini. Ini lumrah kerana setiap permohonan terpaksa diproses dengan teliti sebelum diluluskan,” jelasnya.

Kata Saddi lagi, walaupun terlewat sedikit namun kerajaan tidak pernah mungkir janji dan tetap menunaikannya; berbanding dengan pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi pernah menggantikan sekeping papan jambatan sehingga calonnya di Batu Sapi jatuh dua kali.

Saddi menambah, tujuan program Belia Mesra 1Malaysia menjurus kepada memupuk semangat perpaduan di kalangan belia-belia setempat kerana melalui program sebegini, dapat menjalinkan hubungan intim di antara satu sama lain.

Bersempena program tersebut, Saddi telah memberikan bantuan berupa Generator dan Enjin Bot kepada beberapa penduduk di Mukim Maumiang yang melibatkan empat buah kampung di dalam satu mukim .

18 comments:

  1. Kalau boleh jangan ambil masa terlalu lama untuk tunaikan janji tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar mengambil masa asalkan janji dapat ditunaikan.

      Delete
  2. Usaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah suatu usaha yang berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap bukan dekat2 PRU saja pemimpin2 ni turun padang berkhidmat untuk rakyat.

      Delete
    2. Kerajaan harus dengar suara rakyat.

      Delete
  3. kerajaan mmg akan menunaikan janji2 mereka pada rakyat, byk janji telah ditunaikan. usaha baik dari kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Kata Saddi lagi, walaupun terlewat sedikit namun kerajaan tidak pernah mungkir janji dan tetap menunaikannya;

    janji yang dibuat harus ditunaikan agar rakyat tidak kecewa dengan kerajaan yang hanya membuat janji untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  5. Kebajikan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan yang ambil berat rakyat, berjuangkan yang terbaik untuk rakyat akan menjadi pilihan utama rakyat.

    ReplyDelete
  7. Semoga program ini menyedarkan rakyat kepentingan perpaduan antara kaum.

    ReplyDelete
  8. Good luck and hope the program successfully attract more crowd and be able to deliver right message to the people.

    ReplyDelete
  9. Perpaduan harus diamalkan selalu.

    ReplyDelete
  10. Harap program ini mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan yang diberi harus digunakan sebaik mungkin

      Delete
  11. The government are caring the people too.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih dengan bantuan yang diberikan kepada penduduk. Harap bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan tu diharap dapat membantu mereka yang memerlukan.

      Delete
  13. teruskan usaha membantu rakyat.. mana2 aduan atau masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan atau mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, rajin2 la bagi penjelasan.. jangan biarkan rakyat tertanya2..

    ReplyDelete