PERSATUAN Promosi Hak Asasi
Manusia (Proham) mencadangkan pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun sebagai salah
seorang anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah
pendatang tanpa izin di Sabah.
"Proham mencadangkan
kerajaan Persekutuan mempertimbang pelantikan Tan Sri Simon Sipaun yang
merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, (bekas) Naib Presiden Suhakam
dan Pengerusi Proham sebagai ahli RCI," kenyataan Proham dipetik.
Kenyataan oleh tiga orang
anggota Proham itu – Tan Sri Ramon Navaratnam, Profesor Hamdan Adnan dan Datuk
Dr Denison Jayasooria – turut mencadangkan tiga terma rujukan bagi
"mengembalikan dan meningkatkan keyakinan orang ramai" berhubung
siasatan tersebut.
Terma rujukan itu termasuk
melibatkan atas siasatan ke atas kenaikan mendadak populasi Sabah yang
disifatkan 'luar biasa"' kerana tidak konsisten dengan pertumbuhan purata
populasi Malaysia dan pembangunan demografi biasa, menurut kenyataan itu.
Selain itu Proham turut
menggesa supaya terma rujukan tersebut juga melibatkan prosedur pemberian
kerakyatan kepada warga Sabah dan supaya RCI merangka prosedur baru untuk
memberi kewarganegaraan.
Langkah itu bagi mencegah
penyalahgunaan yang pernah berlaku dalam pendaftaran kerakyatan sebelum ini,
menurut Proham.
Cadangan itu dibuat susulan
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz bahawa kerajaan sedang menyediakan terma rujukan untuk penubuhan
suruhanjaya berkenaan.
wajar juga jika Sipaun menganggotai RCI, ini dpt memastikan ketelusannya.
ReplyDeleteSesuailah tu tapi bila pula RCI ni akan ditubuhkan.hmm..
ReplyDeleteSangat setuju! RCI di Sabah perlukan ahli yang bersikap neutral dan adil.
ReplyDeletePemilihan ahli RCI ini perlu dilakukan secara adil agar rakyat mempunyai keyakinan dengan siasatan ini. Kerajaan persekutuan perlu proaktif dalam menguruskan kelulusan cadangnan
ReplyDeleteAHli RCI tidak harus dikongkong mana-mana kuasa dan parti untuk menjamin keadilan.
ReplyDeleteCadangan ini harus dipertimbangkan.
ReplyDeleteKeputusan masih belum dibuat oleh Persekutuan berkenaan dengan RCI.
ReplyDeleteCadangan ini harus dikaji kebaikan dan keburukan. Semoga Kerajaan persekutuan tidak mengetepikan cadangan ini.
ReplyDeleteIm sure Bn will consider all proposal.
ReplyDeleteHopefully 9 June PM really announce the RCI
DeleteKita harap RCI ini akan dapat diselesaikan secepat yang boleh.
ReplyDeleteCadangan saja mungkin tapi belum tentu lagi diterima sepenuhnya.
ReplyDeleteSekiranya RCI dilaksanakan di Sabah, memang terbukti kerajaan memandang berat Sabah dan rakyat
ReplyDeletesaya juga setuju jika simon dilantik mengganggotai suruhanjaya siasatan diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang asing dan projek IC di negeri ini..
ReplyDeletemungkin Bumburing dan Mutalib MD juga layak menganggotai suruhanjaya ini..
ReplyDelete