Oleh
: PAPARAZZI SABAHKINI.NET
WALAUPUN
Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia
yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya
hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak
memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M'
yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama
ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk
menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble
Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).
Paparazzi
telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida
menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut
keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.
Ternyata
kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah
membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah
menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.
Artis
Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah
daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam
buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie
dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap
filem yang dilakonkannya.
Namun
Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida
ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada
31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah
Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya
Giant.
Syarikat
Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem
pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa
kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan
dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.
Setelah
Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida
tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan;
sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang
dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred
Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki
Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.
Melalui
Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan
Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10%
sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan
sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini,
terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.
Soal
sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan
untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana
Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat
ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.
Kerakusan
Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada
3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor
Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan
kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.
Lebih
malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh
penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa
terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di
antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
Kata
Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan
RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil
Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada
November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat
RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4
juta dalam masa empat bulan.
Zuraida
Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis
BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Sikap
Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap
dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi
Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.
“Saya
bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya.
Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan
murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di
sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa
asing,” ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan
beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.
Menteri
Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau
Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera
Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani
binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.
Agak
melucukan apabila Wikipedia mencatatkan Menteri Top-Up ini mempunyai Laman Web
iaitu http://shafieapdal.com tetapi pelayar internet memaklumkan kepada
Paparazzi bahawa laman web tersebut menjual kondom, gajet seks dan video lucah?
Dengan
bantuan rangkaian Paparazzi di JPJ dan PDRM, Paparazzi telah mengenal pasti
tuduhan Zuraida bahawa Zahida memiliki beberapa kenderaan mewah import memang
benar.
Mengikut
rekod JPJ, Zahida memiliki tiga buah kereta mewah yang didaftarkan atas nama
beliau sendiri iaitu Toyota Harrier nombor plet AAE2; BMW Model 630 (A) nombor plet
WTN1941 dan Porsche Cayman s (A) nombor plet AAB3.
Kegemaran
aneh Zahida iaitu suka menukar nombor plet kerana mengikut rekod JPJ, Paparazzi
mengesan kereta AAE2 sebelum ini menggunakan nombor plet WLX6074, milik Hasnah
Binti Yahya MyKad 600711035680 yang beralamat di Kg Chenerai Alor Pasir, 1700
Pasir Mas, Kelantan; senario ganjil kerana JPJ meluluskan penukaran nombor Plet
bagi pemilik yang berasingan.
Manakala
kereta BMW WTN 1941 sebelum ini menggunakan nombor Plet AAB3 dan kereta Porche
AAB3 sebelum ini menggunakan nombor plet WTN 1941, kedua-duanya milik Zahida.
Zahida
yang gemar memandu laju tidak pernah menjelaskan 10 saman trafik sejak 2005
atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju mempunyai saman tertunggak
sejumlah RM980, tetapi kebal daripada waran tangkap.
Semakan
lanjut rekod RAM, Paparazzi mendapati Zahida mempunyai rekod kewangan yang
kurang baik kerana disaman oleh Malayan Banking disebabkan gagal membayar
pinjaman perumahan di No 10678, Lot 14529, Gombak, Kuala Lumpur yang masih
tertunggak RM210,000.
Namun
dalam kenyataan balas Zahida pada 20 April 2012 berhubung pendedahan penyata
akaunnya, Zahida menjelaskan bahawa beliau melakukan perniagaan penjualan kereta
import bersama abang iparnya serta perniagaan arang batu di Kalimantan,
Indonesia bersama abang angkatnya (?).
"Semua
penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah
benar, tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang
diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang menteri yang dikaitkan oleh YB.
Zuraida Kamaruddin kepada umum," kata Zahida yang mengakui mempunyai pelbagai
rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang
lakonan.
Semakan
Paparazzi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati bahawa Lembaran
Putih Sdn.Bhd adalah syarikat Dormant dan telah diwinding-up melalui suit
28-308(4)-2007 Kuala Lumpur pada 28 Nov 2007 dan diwartakan pada 19 Jun 2008. Manakala
Noble Benchmark Sdn.Bhd pula tidak lagi menghantar Penyata Kewangan sejak 5
Ogos 2008. Persoalannya kenapa Zahida tidak berterus terang?
So is Zahida and Shafie married or not?
ReplyDeleteMaybe Zahida did not feel the need to explain anything to the media because she is not guilty of the allegations.
ReplyDeleteZahida dah ambil tindakan saman terhadap mereka yang sebarkan cerita ini.
ReplyDeleteSemoga mahkamah mengadili kes ini.
ReplyDeleteNampaknya masalah ini perlu disiasat sepenuhnya.
ReplyDeleteRamai artis pakai botox untuk mengekalkan kecantikan dan kemudaan..
ReplyDeleteShafie perlu tumpukan banyak perhatian kepada pembangunan Semporna
ReplyDeletehuh.. banyak betul maklumat dia dapat.. kalau benar semua dakwaan ini, buat la laporan sprm.. jangan sekadar bermain2 di media..
ReplyDelete