Oleh : NIGEL AW
DUA bekas orang kanan mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dikaitkan oleh saksi-saksi
yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung
dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Bekas pegawai Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi keterangan bahawa dia dan yang
lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang ketika itu
merupakan setiausaha Politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad
pengenalan biru kepada pendatang asing.
Yakup Damsah, yang ketika
itu Ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN
telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.
Katanya, selepas menerima
arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta
pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.
Beliau berkata mereka
ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada
pendatang, yang kemudiannya dilaminat di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan
dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagehan.
Ditahan Di Bawah ISA
Yakup berkata, mereka telah
diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak
diketahui, bernama 'Mat Nor'.
"Beliau minta kami
mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.
Yakup, yang kemudiannya
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa
operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang
penjawat awam.
"Kami telah diberitahu
bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang,"
katanya.
Yakup berkata, kumpulannya
menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan,
berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.
Katanya, mereka tidak
melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..."
"Kami tahu mereka
adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak
tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.
Beliau menambah bahawa niat
tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah
dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya
1994 di negeri Sabah.
Pada masa yang sama, kata
Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak
memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad
pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan
pilihan raya.
Bekas Timbalan Menteri Dalam
Negeri Juga Dikaitkan
Sebelum itu, dalam
keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang
menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh
pilihan raya.
Ramli mendakwa operasi itu
dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam
negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Menjelaskan lebih lanjut
mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan
resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang
sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.
Beliau mendakwa menerima
panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui
Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah
diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang
disokong oleh kerajaan persekutuan.
Ramli mendakwa telah diarahkan
untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah
ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad
pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya.
Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.
Personaliti lain yang hadir
di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi Ketua Menteri Sabah
pada tahun 1999.
Ketika dihubungi lewat
petang ini, jawapan ringkas Aziz ialah: "Saya tak ingat apa-apa mengenai
perkara itu. Terima kasih."
No comments:
Post a Comment