“Disebabkan mempercayainya,
saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia
meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.
“Saya mula curiga dan takut
apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya
melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul,
34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di Johor
Bahru.
Menurutnya, kejadian berlaku
kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk
mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah,
sakit perut dan sukar membuang air.
Nurul berkata, dia mengenali
doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan
daripadanya sebelum ini.
Menurutnya, sebelum kejadian
mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil
memberitahu mahu memeriksa tekaknya.
No comments:
Post a Comment