JANJI.....Banyak
janji ditabur Anwar kepada negeri di bawah pakatan pembangkang tidak ditunai.
Gambar sisipan Abdul Karim.
Oleh : RUSNAN MUSTAFA
KUCHING: Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang
terkenal dengan penabur janji manis di Malaysia.
Menteri Muda Pembangunan
Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan bahawa banyak janji yang
pernah ditabur oleh Anwar pada 16 September 2008 kepada negeri di bawah
pemerintahan pakatan pembangkang tidak ditunaikan.
“Siapa tak kenal Anwar,
putar belit dan pemberi janji manis paling terkenal di Malaysia… kalau nak
tulis satu persatu janji beliau satu surat khabar tidak cukup,” tegasnya.
Oleh itu, Karim menasihati
agar rakyat khususnya golongan belia tidak mudah terpengaruh dengan janji manis
daripada individu yang tidak akan menunaikan janjinya.
Tambahnya, berjanji memang
mudah tetapi menunaikannya susah dan jika Anwar dahulu sewaktu menjadi Timbalan
Perdana Menteri (TPM) kerap datang ke Sarawak seperti hari ini, mungkin Sarawak
sudah maju sejak dahulu lagi.
“Kita banyak ketinggalan
kerana angkara Anwar semasa menjadi TPM dan sewaktu beliau menjadi Menteri
Kewangan, beliau tidak memberi penekanan kepada pembangunan Sarawak.
“Peruntukan untuk membina
UNIMAS pada masa itu disalurkan kepada negeri lain sehingga pembangunan UNIMAS
pada masa itu tergendala sebentar dan hanya dapat dibangunkan selepas beliau
tiada lagi memegang jawatan tersebut,” jelasnya.
Karim yang juga Menteri
Perumahan dan ADUN Asajaya memberitahu, jalan raya pesisiran Sarawak turut
tergendala angkara Anwar.
“Beliau sebenarnya tiada
perasaan sayang kepada Sarawak kerana beliau hanya mahu undi kita saja kerana
kegilaannya hendak menjadi Perdana Menteri (PM),” katanya.
Justeru, beliau amat yakin
rakyat Sarawak khasnya tidak akan mudah termakan janji dan dakyah kosong
pembangkang walaupun ditabur pelbagai janji manis.
“Rakyat Sarawak sudah jemu
dan muak dengan janji serta muslihat beliau… insya-Allah rakyat Sarawak tidak
akan terpengaruh dengan janji manis beliau,” ujarnya. (UB)
No comments:
Post a Comment