Oleh : PAPPARAZZI
SABAHKINI.NET
MENGGEMPARAN! Sebaik sahaja
mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari
Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan
seks, Papparazzi telah beergegas ke Keningau.
Malangnya, salah seorang 'mangsa'
yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Umno salah satu bahagian
di kawasan pedalaman Sabah.
Agak memalukan kerana
Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat
Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan.
Paparazzi kesal kerana Ketua
Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk
mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami
Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan
isterinya sebelum terlambat.
Paparazzi yang menginap di
Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri
UMNO berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK
berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha
yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.
Demi nama baik suami Ketua
Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK
berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan
besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah
mungkin menagih korban perawan!
No comments:
Post a Comment