Oleh : MUTALIB M.D
KEPAYAHAN hidup penyanyi 'bersuara
emas' berbakat besar, Jamudin @ John Ebin, 40, memburu hidup di penjuru nasib
sebagai Tukang Urut merupakan satu kerugian kepada industri hiburan negara;
bukan kerana beliau buta tetapi kerana terpinggir daripada masyarakatnya, kaum
Dusun yang kurang prihatin terhadap visi dan aspirasinya.
John Ebin atau nama islamnya,
Azman Abdullah yang dilahirkan di Kampung Mempakat, Kota Marudu, Kudat mungkin tidak menyangka bahawa kaum Dusun
seolah-olah sudah pupus daripada Sabah kerana album pertamanya langsung tidak
mendapat sambutan walaupun telah dipromosi melalui media cetak dan alternatif.
"Saya terbitkan album
pertama ini sebanyak 1,000 unit dengan kos RM9,000 dengan bantuan NGO, Pusat
Orang Buta Sandakan dan wang simpanan sendiri. Tetapi saya hanya mampu ambil
500 unit sahaja dan bakinya masih berada di Studio Sound Bamboo kerana masalah
kewangan," ujar John dengan nada merendah diri.
Memandangkan John sedar
bahawa kehidupan sebagai penyanyi di Sabah, bukanlah seindah yang digambarkan,
apatah lagi fizikal dirinya yang buta; maka John terpaksa meneruskan kerjanya
sebagai tukang urut di Hing Loong Reflexologi Centre, Bandar Pasaraya, Sandakan sejak 14
tahun lalu untuk menyara isteri (buta) dan empat anaknya yang masih bersekolah.
John yang buta sejak berusia
7 tahun kerana penyakit cacar, sebelum ini merupakan penyanyi dan pemain gitar
utama Kugiran Taman Cahaya, Sandakan; tidak pernah terlintas untuk meminta
sedekah kerana masih mampu bekerja.
"Berilah saya kerja
sebagai Penyanyi dan penghibur," ujar John yang menyimpan hasrat agar
mendapat tawaran menyanyi di Kelab Malam atau merakam album dengan syarikat
ternama.
John yang mengkagumi S.Jibeng
ingin merakamkan album kedua dalam bahasa Melayu kerana album pertama dalam
bahasa Dusun agak sukar dipasarkan kerana tidak mendapat sambutan daripada kaum
Dusun.
Bagi peminat John, bolehlah
menghubungi John di talian 0198999712 atau FACEBOOK untuk bertanya khabar atau
membuat pesanan album JOHN EBIN MTV KARAOKE.
Pesanan album boleh
dialamatkan kepada Jamudin @ John Ebin, Hong Loong Foot Reflexology Centre,
Tingat 1, Lot 56 & 57, Blok , Bandar Pasaraya, Batu 4, Jalan Labuk, 90000
Sandakan.
Album yang dijual dengan
harga RM23.90 seunit (tidak termasuk belanja pos) memuatkan sepuluh buah lagu
dalam bahasa Dusun yang berjudul, Jumongob Ginowo ku; Batos Do Piupusan;
Kampung Kalangadan Ku; Lagad Ku Molohing; Rina Karina; Songulum Tambalut Ku;
Tadau Pinirubaan Toh; Oi Lina; Koupusan Ku Iya Noh Songulun dan Joget Kg
Kibubuk.
(NOTA : Mungkinkah Menteri
Kabinet negeri dan Persekutuan tidak mempunyai masa untuk berkaraoke atau
mendengar lagu 'Dusun' kerana semuanya sudah 'Speaking', maka album John tidak
laku?)
No comments:
Post a Comment