PRIHATIN.....Raymond
Tan sedang bersalaman dengan murid-murid berkenaan.
Oleh: SAIMON S JUMADI
MENTERI Pembangunan
Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata konsep pemerintahan
parti Barisan Nasional (BN) adalah paling terbaik kerana keprihatinannya dalam
memastikan rakyat terus terbela.
Menurut beliau, biarpun
rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi pimpinan BN akan sentiasa
berusaha terutama dalam aspek pendidikan apabila bermacam bentuk inisiatif dan
bantuan disediakan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang
Wawasan 2020.
Beliau berkata, usaha secara
berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan yang telah lama dilakukan
menjadi petanda betapa prihatinnya kerajaan hari ini yang sentiasa memastikan
kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.
Katanya, sebagai contoh
pemberian bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar di seluruh negeri
memberikan makna mendalam akan komitmen kerajaan terhadap masa depan
pembelajaran anak-anak.
"Pemberian beg sekolah
adalah bagi memberi satu semangat kepada anak-anak untuk pergi ke sekolah
khususnya kepada anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.
"Kita sentiasa prihatin
dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan maka sebab itu bila tibanya
musim persekolahan di awal tahun, kita akan memberikan bantuan beg-beg sekolah
kepada setiap pelajar terutama di kawasan saya iaitu Tanjung Papat.
"Saya gembira sewaktu
menyampaikan bantuan tadi kerana anak-anak yang menerima bantuan beg sekolah
ini adalah merupakan aset terpenting terhadap pembangunan negara,"
ujarnya.
Raymond berkata demikian
kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada
Seramai 816 Pelajar-Pelajar di Kawasan Tanjung Papat yang berlangsung di Dewan
SJK (c) Chi Wah, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, katanya,
golongan ibubapa perlu memastikan anak-anak cemerlang dalam pembelajaran dan
tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai penjaga.
Ini kerana, katanya,
kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan kejayaan
anak-anak memandangkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang memerlukan
gandingan kerjasama.
"Untuk mencapai sebuah
negara yang maju, kita memerlukan anak-anak yang lengkap dengan ilmu
pengetahuan ... sebab itu, kerajaan menyediakan macam-macam bantuan adalah bagi
memastikan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik iaitu
selari dengan tuntutan global.
"Justeru, ibubapa
memainkan peranan penting memandangkan proses awal pendidikan adalah bermula dari
rumah.
"Kejayaan memberikan
didikan yang sempurna pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang apabila
melangkah ke sekolah nanti," kata Raymond yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun) Tanjung Papat itu.
No comments:
Post a Comment