TAKLIMAT...Dato
Sri Nasir (dua kiri) diringi Joanna Datuk Kitingan (kiri) dan Nursih Nursirih
(tengah) dan ADDO Abdullah Sukka (kanan) mendengar taklimat pembangunan oleh
Pegawai Pembangunan Muzium, Lester Milip (dua kanan) sempena melawat bangunan
Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal, Semporna.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, telah melakukan lawatan dan tinjauan
ke bangunan Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal dekat sini.
Turut serta mengiringi
tinjauan itu Pengarah Muzium Negeri Sabah, Puan Joanna Datuk Kitingan; Penolong
Pegawai Daerah Semporna (Pentadbiran), Nursih Nursirih; Pemimpin UPKR Dun
Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Musa Sabaani; dan
kakitangan UPKR dan DUN Senallang.
Sempena lawatan dan tinjauan
itu, Dato Sri Nasir dan rombongan diberikan taklimat pembangunan oleh Pegawai
Pembangunan Muzium, Lester Milip dan Penolong Pegawai Kurator Muzium Sabah, Judith
John Baptist.
Muzium Tun Sakaran dijangka
akan dibuka kepada orang ramai sempena Regatta Lepa Semporna dan kini dalam
proses pengisian bahan-bahan sejarah berkaitan sejarah mantan Yang di-Pertua
Negeri Ke-8 dan bahan-bahan sejarah berkaitan kebudayaan; kesenian Daerah
Semporna.
KURATOR.....Dato
Sri Nasir (tiga kanan) diringi Pengarah Muzium, Joanna Datuk Kitingan (tiga
kiri); Penolong Pegawai Daerah, Nursih Nursirih (dua kanan); Pemimpin UPKR, Tahir
Amir; Ketua Daerah, OKK Musa Sabaani (tengah belakang) mendengar taklimat
ringkas Penolong Pegawai Kurator Muzium Sabah, Judith John Baptist (kanan)
sempena melawat bangunan Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal, Semporna
No comments:
Post a Comment