Oleh : HAZLAN ZAKARIA
PENGARAH strategi PKR,
Rafizi Ramli mempertikaikan satu laporan New Straits Times kelmarin bahawa
Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong mengugurkan siasatan rasuah
didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Saya sangsi bahawa ia
(laporan) yang benar," katanya yang mempersoalkan memetik sumber tidak
dinamakan itu.
Dalam dua kunjungannya ke
Hong Kong sebelum ini, kata Rafizi, penyiasat yang mengetuai siasatan tersebut
menegaskan bahawa badan berkenaan tidak akan mendedahkan apa-apa butiran atau
status siasatan tersebut kepada sesiapa sekalipun.
"Itu adalah cara mereka
bekerja... Sebab itu saya percaya (laporan berita) itu mungkin tidak
benar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Rafizi berkata beliau
bagaimanapun akan menghantar surat kepada ketua siasatan ICAC, yang ditemuinya
sebelum ini, untuk memaklumkan mengenai laporan akhbar New Straits Times yang
mendakwa demikian.
Dalam laporan kelmarin,
akhbar berbahasa Inggeris itu yang memetik sumber tidak dinamakan, mendakwa
ICAC memutuskan untuk mengugurkan siasatan berkenaan kerana tidak memperolehi
bukti baru.
No comments:
Post a Comment