KUALA LUMPUR : Persekutuan
Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menetapkan supaya levi pekerja
asing kembali dibayar oleh mereka dan bukannya majikan.
Ini kerana peningkatan kos
yang tinggi berikutan pelaksaaan gaji minimun di negara ini, kata Pengarah
Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dalam kenyataan di sini Isnin.
"Kos tambahan kepada
majikan untuk melaksanakan dasar gaji minimum negara ialah sekitar RM8.4 bilion
setiap tahun. Untuk melegakan beban besar ini, MEF mencadangkan pekerja asing
sendiri dikehendaki membayar levi mereka, tidak lagi oleh majikan,"
katanya.
Shamsuddin berkata levi
berkenaan, yang selama ini dibayar oleh majikan sejak April 2009 berjumlah
kira-kira RM2.5 bilion setiap tahun, sebenarnya adalah sebagai cukai pendapatan
pekerja berkenaan.
"Jadi, adalah
bertepatan sekali pekerja asing sendiri membayar levi mereka. Majoriti pekerja
membayar cukai pendapatan mereka dan hanya sebilangan kecil diberi keistimewaan
cukai pendapatan dibayar oleh majikan mereka," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment