Oleh : GARY LOUIS SUPI
PARTI Reformasi Negeri (STAR)
mencadangkan kepada kepada Pakatan Rakyat (PR) agar lebih menumpukan kerusi
pilihan raya di Semenanjung bagi membolehkan parti tempatan Sabah berpeluang
memenangi kerusi di negeri itu bagi meraih sokongan kepada mereka.
Pengerusi Star Datuk Dr
Jeffrey Kitingan berkata, mereka telah mengutarakan cadangan tersebut, tetapi
ia seolah-olah tidak diendahkan.
Jelasnya, PR sepatutnya
memfokuskan untuk memenangi 165 kerusi parlimen di Semenanjung bagi membolehkan
parti di Sabah menumpukan kepada 25 kerusi lain di negeri itu.
"Kemenangan itu
kemudiannya boleh kami gunakan untuk menyokong mereka. Begitu bah… Kita hanya
akan rugi sekiranya bersaing sesama sendiri.
"Dengan demikian, ia
akan mengurangkan persaingan dan peluang untuk menang lebih cerah," kata
Jeffrey yang menambah, mereka boleh bekerjasama dan menyokong PR sekiranya
menang kelak.
Dalam ucapan ketika sambutan
hari ulang tahun pertama parti itu di satu dewan sekolah di Kota Kinabalu pada
hari Ahad lalu, Jeffrey berkata, beliau akan terus berunding dengan PR sehingga
saat terakhir bagi tujuan itu.
“Tapi perkara seumpama ini
tidak boleh dipersetujui begitu sahaja. Kami berharap, kami tidak akan menutup
pintu pada saat-saat terakhir,” katanya.
Jeffrey berkata, ia
merupakan satu permintaan yang tidak adil.
Beliau mengulas permintaan Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Parti Maju Sabah (SAPP) untuk
mengurangkan jumlah kerusi yang akan ditandingi.
Akhbar The Sun pada 3
Januari lalu melaporkan, Anwar meminta SAPP supaya menghentikan tuntutan untuk
menandingi lebih 50 kerusi di Sabah.
Menurut Anwar, tuntutan
berkenaan mematikan rundingan antara parti PAS, DAP, STAR dan Angkatan
Perubahan Sabah (APS) bagi kerusi di negeri itu.
Anwar berkata, perkara itu
berlaku walau Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bersetuju untuk menyerahkan
beberapa kerusi kepada SAPP.
Katanya lagi, SAPP memberi
petanda bahawa parti itu hanya akan berunding sekiranya diberi jaminan untuk
mendapatkan lebih 50 peratus daripada kerusi negeri di Sabah.
No comments:
Post a Comment