Oleh : LEE LONG HUI
KETUA Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada
modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang
didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah,
juga berlaku di Selangor .
Beliau berkata, kerajaan
negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri
itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru
yang tidak dapat dikesan.
Anwar bertanya adakah mereka
ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.
"Kita perlu respons
segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai
bukti untuk menyokong hujah tersebut.
"Bolehkah kita
mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?"
Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini. (MKINI)
No comments:
Post a Comment