DALAM majlis perjumpaan
bersama Taklimat Khas jentera Pilihanaraya
USNO Parlimen Semporna pada 13 April 2013 yang diadakan di Ibu Negeri, Datu
Badarudin Tun Mustapha mengumumkan akan turun bertanding pada PRU13.
Menurut Datu Badaruddin, USNO
akan bertanding di semua DUN di Parlimen Semporna iaitu Bugaya, Senallang dan
Sulabayan tetapi beliau masih meneliti calon-calon Dun di Parlimen itu; selalin
menawarkan satu kerusi kepada Pengerusi PNK Semporna, Salleh Haji Abdul Salleh
yang masih belum dapat dihubungi untuk pengesahan hingga sekarang.
AMT USNO akan mengadakan
mesyuarat tergemparnya pada hari ini bagi menentukan calon-calon mereka di
seluruh Sabah; di samping akan mengadakan kerjasama dengan Parti STAR pimpinan
Dr.Jefry Kitingan.
Kata Badaruddin, USNO adalah
Parti kemerdekaan Sabah dan menjadi teras perjuangan bumiputera Islam di Negeri
ini terus berjuang untuk mendapatkan hak mereka untuk menjadi badan parti
Politik setelah di daftarkan sebagai badan politik sejak 2009 dan telah
mengadakan perikatan serta kerjasama dengan KDMR dan Parti STAR pada 29 Januari
2012 melalui Deklarasi Semporna. (Media USNO Sabah).
No comments:
Post a Comment