Oleh : SUSAN LOONE
PENYANDANG kerusi Pulau
Tikus bersedia menghadapi kemungkinan ditewaskan calon Gerakan dalam pilihan
raya umum akan datang - ekoran perjudian rahsia yang dijalankan di kawasannya
oleh bookie yang tidak dikenali.
Koay Koay Teng Hai (kiri)
berkata, bookie itu kini bergerak ke pelbagai tempat untuk mengutip wang
pertaruhan daripada penduduk Pulau Tikus bagi memastikan beliau tewas dalam
pilihan raya umum akan datang.
"Bertaruh RM200 supaya
saya kalah dan jika saya kalah mereka akan mendapat seorang RM1,000," kata
Koay dalam sidang media di pusat khidmat masyarakatnya hari ini.
Koay berkata, beliau
berhasrat mahu bertanding semula kerusi itu bagaimanapun terpulang kepada
kepimpinan DAP untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Ia akan jadi
(persaingan) yang sangat sukar untuk kami, terutamanya dalam beberapa minggu
ini, pelbagai taktik kotor akan digunakan untuk mendapatkan undi,"
tegasnya.
No comments:
Post a Comment