Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Kolej Komuniti
Tambunan atau lebih dikenali sebagai Kolej KDM bakal memulakan sesi
pembelajaran pada Julai ini. Pensyarah Kolej KDM, Willcox Gampanis berkata,
pada peringkat permulaan Kolej KDM akan menawarkan kursus Pelancongan, Automobil dan Kursus Perakaunan.
Beliau berkata demikian
ketika ditemui di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Botung di sini.
Oleh itu katanya,
pendaftaran bagi kursus itu kini dibuka dan untuk mendapatkan keterangan lebih
lanjut boleh berbuat demikian dengan datang ke pejabat Kolej KDM di Tambunan
Village Resort Centre (TVRC) pada waktu pejabat
atau melalui Kolej Komuniti Tambunan FB.
“Selain daripada kursus
sepenuh masa, turut ditawarkan kursus pendek,” ujar Wilcox.
Menurutnya, Kolej KDM kini
telah beroperasi dengan menumpang bangunan di Tambunan Village Resort Centre
(TVRC) buat sementara waktu. Tapak tetap kolej itu berpusat di Kampung
Kaingaran dan telah mendapat kelulusan dari kerajaan Persekutuan untuk
dilaksana.
No comments:
Post a Comment