Saudara Pengarang,
MCA dan Gerakan Sabah
sememangnya dua buah parti dari semenanjung, yang bercita-cita besar di Sabah,
sangat beragan-angan di bumi bertuah Sabah ini, dengan motif kedua-duanya
mengembangkan sayapnya ke Sabah, atas dasar membela masyarakat Tiong Hua di Sabah.
Akan tetapi adakah MCA &
GERAKAN ini boleh diterima masrayakat Tiong Hua Sabah, sedangkan saudara-saudara
Tiong Hua di Semenanjung telah menolak kedua-dua buah parti ini, terutama Gerakan
yang telah dikuburkan tanpa nisan dan MCA bakal menerima nasibnya pada PRU 13
kali ini.
Jesteru itu, adakah
masyarakat Tiong Hua Sabah akan bersandarkan harapan mereka pada kedua-dua
parti yang sudah tidak relevan lagi ini.
Dikhabarkan MCA impikan beberapa
kerusi DUN dan Parlimen Sandakan, antara yang bakal disandarkan harapan ialah Ketua
Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim untuk kerusi DUN Luyang; satu kerusi majoriti
Tiong Hua yang diwakili SAPP menerusi Datuk Melanie Chia, (Iron Lady) SAPP yang
terkenal dengan kerja kuatnya terhadap penduduk Luyang.
Persoalan di sini, bolehkah
Datuk Agnes Shim menewaskan orang lama seperti Datuk Melanie Chia ini yang
telah lama menabur baktinya pada masyarakat Luyang?
Bolehkah masyarakat Tiong
Hua terutamanya generasi tua di Luyang ini menerima BN dan MCA lagi, sedangkan
angin taufan Tukar sememangnya sedang bertiup kencang di bumi Sabah.
Apa yang menarik kali ini,
jika betul pertembungan ini berlaku Antara Datuk Agnes Shim dan Datuk Melanie
Chia, maka akan tercatat dalam sejarah kali ini, dua Tokoh wanita merangkap Ketua
Wanita parti masing-masing bertempur.
Bagi Gerakan pula
dikhabarkan juga memasang impian besar di Sabah, dengan keinginan untuk
mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi oleh katak-katak mereka.
Keinginan juga disuarakan Ketua
Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong yang mengintai satu kerusi DUN yang telah
ditinggalkan SAPP. Antara disebut kerusi menjadi idaman Datuk Gordon Leong ialah
Likas.
Beliau dengan caranya
sendiri telah istiharkan keinginan beliau baru-baru ini, akan tetapi adakah
pucuk pimpinan BN Sabah yakin Gerakan boleh mendapat kepecayaan dari masyakat Cina
Sabah kali ini? Bukankah Gerakan sudah lama bersemadi di pusara di Semenanjung
Malaysia?
Sedangkan pemimpin UMNO
seperti Datuk Ghafur Salleh pun mempertikaikan kemampuan Parti Gerakan ini. Mungkin
ada yang tidak hairan jika ada antara calon-calon dari kedua-dua parti ini yang
bakal hilang wang pertaruhan, sekaligus memalukan BN.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment