MUKTAMAD...Sahar membuat keputusan muktamad untuk bertanding
sebagai calon Bebas di Parlimen Libaran menentang rakannya, Juslie Ajirul
.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
LIBARAN : "Saya sudah
dua kali, termasuk kali ini adalah kali yang
ketiga melobi calun untuk
Parlimen Libaran sejak dari tahun
2004-2008 hingga 2013 ini,
langsung tidak diberi peluang. Sedangkan
pada hakikatnya saya bermati-matian berjuang untuk UMNO bertapak di Sabah
khususnya di Libaran."
"Nampaknya perjuangan
saya dalam UMNO, walaupun pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan
Pemuda Bahagian UMNO Libaran dan Exco
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilantik oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussin
Onn; tetapi tiada sesiapa yang
menghargai perjuangan saya kerana timbulnya birokrasi dalam
kepimpinan Bahagian UMNO di Libaran."
Inilah antara keluhan dan
kenyataan seorang pemimpin muda UMNO Libaran yang juga mantan seorang guru
iaitu Sahar Saka dalam satu wawancara
eksklusif dengan Sabahkini.Net di pejabatnya kelmarin.
“Saya tidak salahkan pucuk
pimpinan UMNO pusat iaitu Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
yang telus tetapi saya amat kecewa kerana BN tidak memberikan peluang dan ruang
untuk memilih saya sebagai Calon BN di Parlimen Libaran pada PRU 13 ini."
Sahar menambah 75 peratus para pengikut dan penyokong tegar
BN/UMNO menaruh harapan sepenuhnya bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon
BN di Libaran pada musim ini, tetapi tewas dengan mainan politik pemimpin BN.
Di atas desakan para
penyokong tegar Sahar yang mahu beliau bertanding di Parlimen Libaran kerana tiada
jalan lain lantas mengambil keputusan yang tepat telah mengisytiharkan dengan
rasminya bahawa beliau akan bertanding atas tiket bebas pada PRU 13 untuk
menentang Datuk Hj Jusie Ajirol yang sudah memasuki empat penggal sebagai Ahli
Parlimen Libaran ( 1999-2008)
"Apapun saya bukan
suka-suka mahu bertanding sebagai calon bebas untuk menentang calon BN ini
adalah atas keputusan undian melalui SMS
yang diberi dua kategori antara Bebas dan BN. Kalau undian BN yang lebih
banyak daripada Bebas, saya terpaksa akur dengan keputusan itu maka saya tetap
bersama BN untuk mempastikan calon BN Parlimen Libaran kekal milik BN."
"Tetapi kalau undian
tersebut lebih banyak condong ke Bebas saya juga akur dengan keputusan tersebut
terpaksa saya bertanding bebas untuk menentang calon BN,” jelasnya.
Tepat jam 12.01 minit jelas
Sahar untuk melalui SMS yang diterima daripada pengundi tegar BN nampaknya
mereka memilih 'Bebas' maka Sahar atas sokongan padu daripada 80 peratus
daripada ahli-ahli UMNO merestui Sahar akan untuk bertanding Bebas pada PRU 13.
Dalam pada itu, Sahar sempat
menemui Juslie untuk mengucapkan tahniah
dan turut mengadakan perjumpaan terbuka di pejabat Wanita UMNO Libaran
untuk menyatakan perkara yang sebenar apakah mereka terus membantu Juslie dalam
kempen pada pilihanraya ini atau sebaliknya.
Oleh kerana para pengikutnya
juga merasa amat kecewa, maka akhirnya Sahar akur dengan keputusan dan
permintaan daripada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO selama 20 tahun
untuk bertanding calon Bebas yang
menggunakan lambang Padi.
No comments:
Post a Comment