SERAH.....Pergerakan
Pemuda SAPP sook menyerahkan zink kepada warga emas Bakusut Ansamoi.
SOOK : Pergerakan Pemuda
Parti Maju Sabah, Kampung Biah Tengah, N.37 Sook telah datang dan membawa bantuan
kilat kepada 6 keluarga mangsa kepada ribut angin kencang yang menerbangkan
atap rumah mereka sekelip mata.
Tragedi tersebut berlaku lebih
kurang jam 4.30 petang, pada 27 Mac 2013 telah memusnah dan meranapkan bumbung
rumah penduduk kampung.
Penduduk yang terlibat telah
mengajukan permohonan mereka kepada ADUN Sook melalui Pengerusi JKKK, yang
kemudiannya meminta mereka untuk turun ke Keningau dan mengisi borang bantuan
di pejabat.
Sudahlah jatuh di timpa
tangga, penduduk yang mengalami kesusahan tidak mampu mengurus prosedur itu,
memandangkan nilai bagi kehidupan orang miskin berbeza di mata orang
berkemampuan.
Berkat usaha Pemimpin
Cawangan Kg Biah Tengah, Patrick Ansilou
telah mengadakan insentif dengan berjumpa kepimpinan Naib Presiden SAPP,
Datuk Frankie Chong.
Mendengar keluhan mereka, Naib
Presiden Parti Maju Sabah itu serta merta mengeluarkan bantuan kilat peribadi
kepada 6 keluarga terbabit.
Maka bantuan kilat telah disampaikan
oleh Wakil Datuk Frankie iaitu Naib Pengerusi N.37 Sook, Kailoh Buntong dan diiringi
exco Pusat Parti Maju Sabah, Larry Carry, lebih kurang jam 1.00 petang,
kelmarin.
"Kami amat berterima
kasih dan bersyukur kepada Tuhan, kerana menunaikan doa kami. Akhirnya rumah
kami tidak terkena hujan dan panas sudah," menurut mangsa, Amir Mansang.
Kecelakaan berkenaan turut menimpa
warga emas termasuklah Bakusut Ansamoi, Zainol Ansunggang, Adok Kuoh, Ambuang,
Victor dan Amir sendiri.
No comments:
Post a Comment