Tuesday 15 May 2012

HARI KELUARGA MPWK PUPUK KASIH SAYANG




RUMAH…..SEORANG penduduk yang mendapat bantuan rumah melalui program PBR menerima kunci daripada Azizah.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SEMANGAT kasih sayang menjadi wadah penting bagi melahirkan masyarakat sejahtera sekaligus mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Kesejahteraan sebuah masyarakat bermula dari sebuah keluarga yang sejahtera dan sebuah negara yang sejahtera hanya dapat direalisasikan dari masyarakat yang sejahtera.

Menteri Pembangunan Masayarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata di negara ini kerajaan telah juga membuktikan kasih sayangnya terhadap semua rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak walaupun mempunyai penduduk majmuk berbilang kaum.
“Sesungguhnya kasih sayang kerajaan kepada rakyat di negara ini adalah kasih sayng yang berpanjangan. Oleh sebab itulah kerajaan yang diterajui oleh Barisan nasional sentiasa proaktif dan terus komited membela rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort anjuran MPWK Beaufort, Pusat Khidmat Adun Klias, JKKK dan Belia-Beliawanis Kg Muhibah, di sini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaid Othman; Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Baeaufort, Rokiah Salleh; Ketua Daerah, Wong Sameh; Pemimpin Kemajuan Rakyat, Saidin Museh dan Pengerusi penganjur, Fatimah Asiah Ibrahim.

Azizzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata rakyat perlu menyedari hakikat bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan secara menyeluruh untuk semua rakyat termasuklah usaha ke arah meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

“Segala usaha kerajaan selama ini membuktikan kasih sayang kerajaan terhadap rakyat. Saya meminta agar rakyat menolak sebarang dakyah yang menjurus ke arah perpecahan dan mahu menimbulkan kacau bilau,” katanya sambil menyeru agar rakyat terus sayangkan kerajaan yang ada sekarang.

Beliau juga menyeru agar pemimpin masyarakat sentiasa memastikan rakyat hari ini berada dalam keadaan lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

“Inilah tanggungjawab kita kepada rakyat. Sebagai pemimpin sejati kita berperanan mentranformasikan rakyat di bawah pimpinan kita,” katanya.

Azizah juga turut mengingatkan agar penduduk lebih mengutamakan keluarga dan kepentingan kesihatan.

“Dua perkara yang penting, keluarga dan kesihatan. Jika keluarga tidak ada bersama kita terutamanya waktu kita dalam kesusahan kita amat sedih dan keseorangan. Kesihatan juga amat penting dan kita perlu jaga kesihatan dengan baik, jaga kesihatan untuk diri kita, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Pada majlis yang dikunjungi kira-kira 1,000 pdnduduk itu Aziah mengumumkan kelulusan pembinaan premis perniagaan Serambi Kg Muhibah dan pembinaan bangunan Tabika Kemas.

 

SUMBANGAN…..SEORANG kanak-kanak OKU menerima sumbangan daripada Azizah.

Seramai 60 penduduk terdiri dariapada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan berupa keperluan harian daripada Azizah.

Pada majlis yang diserikan dengan persembahan taridra dan nyanyian itu juga Azizah menyempurnakan penyerahan kunci rumah kepada dua penduduk yang mendapat rumah melalui Program Bantuan Rumah (PBR).

Sementara itu, Fatimah Asiah berkata program dua hari itu diisi dengan pameran, aktiviti kerja tangan wanita, kaunter perpustakaan bergerak, Pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN dan Hospital Beaufort, kaunter pendaftaran JPAM, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, cabutan pengunjung bertuah, pertandingan gubahan bunga hidup dan kraftangan eksesori wanita.

Acara sukaneka juga diadakan seperti tiup belon sampai pecah, bawa bola ping pong dengan sudu (dan pertandingan tali, lumba dalam karung, lumba lari biawak, isi air dalam botol).

Pada program yang turut mengadakan kenduri sekampung itu juga kelihatan penduduk memanfaatkan penganjuran program itu untuk menambah pendapatan dengan aktiviti perniagaan kecil.

9 comments:

  1. kasih sayang perlu ada dalam masyuarakt, sayang kepada keluarga, jiran, masyakarat dan negara. dgn kasih sayanglah hidup kita akan lebih harmoni.

    ReplyDelete
  2. Program seumpama ini wajar dilaksanakan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama pemimpin dan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Azizah kembali aktif.Beginilah pemimpin sebenar.

    ReplyDelete
  4. Dalam majlis ini, bantuan diberi kepada mereka yang memerlukan. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Harap perkara ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan kerajaan pasti dapat meringankan beban rakyat.

      Delete
    2. yup.. itulah tujuannya bantuan ini dihulurkan.. tidak seperti dakwaan pihak tertentu kononnya semua ini hanya gula2 atau tujuan memancing undi..

      Delete
  6. Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  7. negara ini akan lebih aman dan sejahtera jika tidak ada provokasi dilakukan oleh pihak2 pembangkang..

    ReplyDelete