RUMAH…..SEORANG penduduk yang mendapat
bantuan rumah melalui program PBR menerima kunci daripada Azizah.
Oleh
: ABU BAKAR ESAH
SEMANGAT
kasih sayang menjadi wadah penting bagi melahirkan masyarakat sejahtera
sekaligus mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Kesejahteraan sebuah
masyarakat bermula dari sebuah keluarga yang sejahtera dan sebuah negara yang
sejahtera hanya dapat direalisasikan dari masyarakat yang sejahtera.
Menteri
Pembangunan Masayarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata
di negara ini kerajaan telah juga membuktikan kasih sayangnya terhadap semua
rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak walaupun mempunyai penduduk majmuk
berbilang kaum.
“Sesungguhnya
kasih sayang kerajaan kepada rakyat di negara ini adalah kasih sayng yang
berpanjangan. Oleh sebab itulah kerajaan yang diterajui oleh Barisan nasional
sentiasa proaktif dan terus komited membela rakyat,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga Majlis Pembangunan
Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort anjuran MPWK Beaufort, Pusat Khidmat
Adun Klias, JKKK dan Belia-Beliawanis Kg Muhibah, di sini.
Hadir
sama, Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaid Othman; Penolong Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Baeaufort, Rokiah Salleh; Ketua Daerah, Wong
Sameh; Pemimpin Kemajuan Rakyat, Saidin Museh dan Pengerusi penganjur, Fatimah
Asiah Ibrahim.
Azizzah
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata rakyat perlu menyedari
hakikat bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan secara
menyeluruh untuk semua rakyat termasuklah usaha ke arah meningkatkan semangat
perpaduan di kalangan rakyat.
“Segala
usaha kerajaan selama ini membuktikan kasih sayang kerajaan terhadap rakyat.
Saya meminta agar rakyat menolak sebarang dakyah yang menjurus ke arah
perpecahan dan mahu menimbulkan kacau bilau,” katanya sambil menyeru agar
rakyat terus sayangkan kerajaan yang ada sekarang.
Beliau
juga menyeru agar pemimpin masyarakat sentiasa memastikan rakyat hari ini
berada dalam keadaan lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari
ini.
“Inilah
tanggungjawab kita kepada rakyat. Sebagai pemimpin sejati kita berperanan
mentranformasikan rakyat di bawah pimpinan kita,” katanya.
Azizah
juga turut mengingatkan agar penduduk lebih mengutamakan keluarga dan
kepentingan kesihatan.
“Dua
perkara yang penting, keluarga dan kesihatan. Jika keluarga tidak ada bersama
kita terutamanya waktu kita dalam kesusahan kita amat sedih dan keseorangan.
Kesihatan juga amat penting dan kita perlu jaga kesihatan dengan baik, jaga
kesihatan untuk diri kita, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.
Pada
majlis yang dikunjungi kira-kira 1,000 pdnduduk itu Aziah mengumumkan kelulusan
pembinaan premis perniagaan Serambi Kg Muhibah dan pembinaan bangunan Tabika
Kemas.
SUMBANGAN…..SEORANG kanak-kanak OKU
menerima sumbangan daripada Azizah.
Seramai
60 penduduk terdiri dariapada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya
(OKU) menerima sumbangan berupa keperluan harian daripada Azizah.
Pada
majlis yang diserikan dengan persembahan taridra dan nyanyian itu juga Azizah
menyempurnakan penyerahan kunci rumah kepada dua penduduk yang mendapat rumah
melalui Program Bantuan Rumah (PBR).
Sementara
itu, Fatimah Asiah berkata program dua hari itu diisi dengan pameran, aktiviti
kerja tangan wanita, kaunter perpustakaan bergerak, Pemeriksaan kesihatan oleh
LPPKN dan Hospital Beaufort, kaunter pendaftaran JPAM, pertandingan mewarna
kanak-kanak tadika, cabutan pengunjung bertuah, pertandingan gubahan bunga
hidup dan kraftangan eksesori wanita.
Acara
sukaneka juga diadakan seperti tiup belon sampai pecah, bawa bola ping pong
dengan sudu (dan pertandingan tali, lumba dalam karung, lumba lari biawak, isi
air dalam botol).
Pada
program yang turut mengadakan kenduri sekampung itu juga kelihatan penduduk
memanfaatkan penganjuran program itu untuk menambah pendapatan dengan aktiviti
perniagaan kecil.
kasih sayang perlu ada dalam masyuarakt, sayang kepada keluarga, jiran, masyakarat dan negara. dgn kasih sayanglah hidup kita akan lebih harmoni.
ReplyDeleteProgram seumpama ini wajar dilaksanakan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama pemimpin dan rakyat.
ReplyDeleteAzizah kembali aktif.Beginilah pemimpin sebenar.
ReplyDeleteDalam majlis ini, bantuan diberi kepada mereka yang memerlukan. Tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Harap perkara ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
ReplyDeleteBantuan kerajaan pasti dapat meringankan beban rakyat.
Deleteyup.. itulah tujuannya bantuan ini dihulurkan.. tidak seperti dakwaan pihak tertentu kononnya semua ini hanya gula2 atau tujuan memancing undi..
DeletePemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat
ReplyDeletenegara ini akan lebih aman dan sejahtera jika tidak ada provokasi dilakukan oleh pihak2 pembangkang..
ReplyDelete