Monday 14 May 2012

NAJIB CABAR TUNJUK KEKUATAN DI STADIUM





KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pakatan pembangkang agar berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian negara dan menghormati undang-undang.

"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.

"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat malam.

Najib berkata alasan yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah, merupakan satu pembohongan. Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak dengan alasan sudah terlewat.

"Padahal ada masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau Tak Ada Pergeseran, Tak Keluarlah Cerita Dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah Tujuan Sebenarnya. Mereka Nak Tunjuk Kononnya Kita Ni Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Yang Zalim. Mereka Tidak Hormati Undang-Undang Negara," Katanya.

Perdana Menteri berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan 28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara.

"Ini kerana negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya. (bernama)

12 comments:

  1. pembangkang harus sahut cabaran ini, buktikan kekuatan mereka.

    ReplyDelete
  2. Tunjuk kekuatan bila tiba PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Bersih tu cari publisiti saja. Sebab mereka tahu media akan buat liputan secara meluas.

    ReplyDelete
  4. Beranikah pembangkang melakukan seperti apa yang BN lakukan baru-baru ini. PM mencabar ini perkara yang baik.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang tidak berani punya. Sudah berkali-kali diberikan peluang diStaduim tapi mereka tetap mahu tepi jalan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sudah dirancang.. sebab itu mereka sudah panggil awal2 wartawan dan jurukamera asing untuk buat liputan..

      Delete
  6. sudah namanya pembangkang, sudah tentu la mereka akan buat apa sahaja yang bertentangan dengan hasrat kerajaan.. mereka tidak akan fikir nasib negara ini, mereka tidak akan fikir nasib para peniaga, harta benda awam dan orang awam.. asalkan niat mereka menggulingkan kerajaan tercapai, maka kesan tindakan mereka itu adalah berbaloi bagi mereka..

    ReplyDelete
  7. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.

    ReplyDelete
  8. He said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.

    ReplyDelete
  9. However, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.

    ReplyDelete
  10. He said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.

    ReplyDelete