KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pakatan pembangkang agar berhimpun
di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan
kekuatan mereka.
Najib, yang juga
Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk
mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian
negara dan menghormati undang-undang.
"Kita berhimpun
dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib.
Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.
"Kita tak perlu
ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan
senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau
Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya
ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional
Bukit Jalil di sini, Jumaat malam.
Najib berkata alasan
yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka
mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah,
merupakan satu pembohongan. Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka
berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak
dengan alasan sudah terlewat.
"Padahal ada
masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka
kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang
pihak polis.
"Kalau Tak Ada
Pergeseran, Tak Keluarlah Cerita Dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah Tujuan
Sebenarnya. Mereka Nak Tunjuk Kononnya Kita Ni Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Yang
Zalim. Mereka Tidak Hormati Undang-Undang Negara," Katanya.
Perdana Menteri
berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan
28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak
sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara.
"Ini kerana
negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana
Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha
melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno
tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya. (bernama)
pembangkang harus sahut cabaran ini, buktikan kekuatan mereka.
ReplyDeleteTunjuk kekuatan bila tiba PRU-13 nanti.
ReplyDeleteLet the best party wins!
DeleteBersih tu cari publisiti saja. Sebab mereka tahu media akan buat liputan secara meluas.
ReplyDeleteBeranikah pembangkang melakukan seperti apa yang BN lakukan baru-baru ini. PM mencabar ini perkara yang baik.
ReplyDeletePembangkang tidak berani punya. Sudah berkali-kali diberikan peluang diStaduim tapi mereka tetap mahu tepi jalan ini.
ReplyDeletememang sudah dirancang.. sebab itu mereka sudah panggil awal2 wartawan dan jurukamera asing untuk buat liputan..
Deletesudah namanya pembangkang, sudah tentu la mereka akan buat apa sahaja yang bertentangan dengan hasrat kerajaan.. mereka tidak akan fikir nasib negara ini, mereka tidak akan fikir nasib para peniaga, harta benda awam dan orang awam.. asalkan niat mereka menggulingkan kerajaan tercapai, maka kesan tindakan mereka itu adalah berbaloi bagi mereka..
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.
ReplyDeleteHe said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.
ReplyDeleteHowever, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.
ReplyDeleteHe said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.
ReplyDelete