Wednesday 9 May 2012

PENYELUDUPAN ROKOK DAN ARAK DI TENOM





Saudara Pengarang,

SAYA telah membuat laporan polis bernombor TENOM/RPT/0704/2012 berhubung tindakan pihak berkuasa menghalang saya berniaga dan Skandal Penyeludupan di rokok dan arak di Tenom.

Menurut berita yang saya terima daripada salah seorang pelanggan saya, bahawa saya tidak dibenarkan membuat perniagaan rokok dan minuman keras di Tenom; sebaliknya polis membenarkan orang lain menjalankan bisness tersebut kecuali saya. Saya berpendapatan polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan hanya memberhentikan perniagaan saya, sedangkan orang lain masih meneruskan perniagaan mereka.

Selain itu, saya juga tidak dibenarkan mengambil stok dari pelabuhan Sipitang manakala orang lain dibenarkan berbuat demikian. Saya sangat tidak berpuas hati cara pihak berkuasa menangani perkara ini. Jika saya tidak dibenarkan berbuat bisness ini, maka semua orang patut diberhentikan.

Untuk pengetahuan pihak umum, terdapat lebih kurang 10 buah lori yang mengangkut muatan rokok dan minuman keras dari Lawas ke Tenom serta 10 bot muatan rokok dan minuman dari Labuan belabuh di Lawas setiap hari; tetapi yang menghairankan ialah pihak polis tidak mengetahui hal ini.

Pihak polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya memberhentikan kegiatan ini sama sekali dan bukan hanya memberhentikan saya seorang sahaja. Oleh itu, saya inginkan penjelasan daripada pihak polis dan APMM mengenai perkara ini.

Saya berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Sekian terima kasih.

MANGSA PENINDASAN

Surat ini disalinkan kepada;

CC : Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman
CC : Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah
CC : Pengarah Polis Diraja Malaysia - Putra Jaya
CC : Pengarah Maritim Negeri Sabah
CC : Pengarah Maritim Malaysia - Putra Jaya
CC : Tuan Hj Jalil Bin Hj Jaaffar – SPRM KK
CC : Timbalan Pengarah Operasi – SPRM Putra Jaya
CC : Tuan Dr. Jonathan Kandok – Kastam Negeri Sabah
CC : Pengarah Kastam Malaysia - Putra Jaya
CC : DSP Mazlan Bin Mohamed Lazim – Pegawai Polis Daerah Tenom
CC : Pengarah Maritim WP Labuan

9 comments:

  1. perkara ini kena diberi perhatian, tindakan harus diambil.

    ReplyDelete
  2. Pihak berkuasa perlu sensitif dengan kegiatan2 haram seperti penyeludupan ni.

    ReplyDelete
  3. Urang bilang, 'no money, no talk'.

    ReplyDelete
  4. Selagi masih ada yang tidak amanah dengan tugas mereka, selagi itulah masalah seperti ini tidak akan selesai.

    ReplyDelete
  5. Penyeludupan barangan tersebut semestinya perlulah diberhentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyeludupa harus dibanteras dan dalang harus ditangkap

      Delete
  6. Pihak polis sepatutnya menyiasat mengenai perkara ini. Kenapa perkara ini boleh dibiarkan terus beroperasi.

    ReplyDelete
  7. Sebelum membuat aduan di sini pastikan dokumen yang diperlukan semua ada mengikut peraturan.

    ReplyDelete
  8. cuba jelaskan secara terperinci.. apa alasan pihak polis menghalang pengadu dari berniaga?? tiada lesen? barang larangan? dan apa contoh kedai yang dibenarkan berniaga barang yang sama di kawasan itu??

    ReplyDelete