Wednesday, 9 May 2012

PPR BUKTI KERAJAAN PRIHATIN




KENANGAN….Datuk Juslie bergambar bersama-sama penduduk PPR Taman Murni Batu 7, Jalan Army Camp.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) lebih fokus kepada peningkatan pembangunan infrastruktur di luar mahupun di dalam bandar sesuai dengan dasar kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat.

Kerajaan BN melalui agensinya banyak membina rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana dengan tujun untuk memberikan kenikmatan kepada penduduk membeli rumah yang sedia ada menurut kemampuan masing-masing.

Program Perumahan Rakyat (PPR) yang ada di Taman Murni Sandakan dibina semata-mata untuk menempatkan masyarakat tempatan yang dahulunya tinggal di kawasan perkampungan setinggan dan kini telahpun memiliki rumah yang lebih selesa.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas membuat lawatan kerjanya menemui penduduk Taman Murni, Batu 7, Jalan Army Camp, kelmarin.

Sesiapa saja tidak boleh nafikan, jelas Juslie, bahawa pihak pembangkang sering memperlekehkan Kerajaan BN yang kononnya tidak membela rakyat semata-mata untuk memesongkan fikiran agar menyokong perjuangan sia-sia mereka.

“Saya harap para penduduk Taman Murni ini harus menanamkan nilai-nilai murni dan memantapkan jati diri mereka bagi melahirkan semangat kerjasama antara satu sama lain demi menjamin kesejahteraan sejagat," kata Juslie yang menyarankan agar penghuninya menubuhkan Rukun Tetangga (RT) dan Jawatankuasa  Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) untuk menyalurkan segala maklumat dan intipati perjuangan kerajaan BN kepada rakyat jelata.

9 comments:

  1. PPR adalah usaha kerajaan untuk membantu penduduk berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. kerajaan mmg prhatin dgn keadaan penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap penduduk tempatan yang dapat manfaat dari program ni dan bukannya warga asing.

      Delete
    2. Pastikan bukan PATAI yang dapat.

      Delete
  2. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan ini kepda rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggunjawab kerajaan, rakyat mempunyai tempat tinggal.

      Delete
  3. Harap sikap prihatin terhadap rakyat ini akan dapat dikekalkan berterusan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dengan PPR yang diberikan kepada rakyat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  5. Bina lebih banyak PPR untuk rakyat yang layak.

    ReplyDelete
  6. pastikan rumah2 kos rendah ini hanya untuk penduduk tempatan yang benar2 layak berdasarkan kemampuan kewangan.. selidik betul2 latarbelakang mana2 pihak yang memohon perumahan kos rendah ini..

    ReplyDelete