Saudara Pengarang,
SAYA telah membuat laporan polis
bernombor TENOM/RPT/0704/2012 berhubung tindakan pihak berkuasa menghalang saya
berniaga dan Skandal Penyeludupan di rokok dan arak di Tenom.
Menurut berita yang saya
terima daripada salah seorang pelanggan saya, bahawa saya tidak dibenarkan
membuat perniagaan rokok dan minuman keras di Tenom; sebaliknya polis
membenarkan orang lain menjalankan bisness tersebut kecuali saya. Saya
berpendapatan polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan hanya
memberhentikan perniagaan saya, sedangkan orang lain masih meneruskan
perniagaan mereka.
Selain itu, saya juga tidak
dibenarkan mengambil stok dari pelabuhan Sipitang manakala orang lain
dibenarkan berbuat demikian. Saya sangat tidak berpuas hati cara pihak berkuasa
menangani perkara ini. Jika saya tidak dibenarkan berbuat bisness ini, maka
semua orang patut diberhentikan.
Untuk pengetahuan pihak umum,
terdapat lebih kurang 10 buah lori yang mengangkut muatan rokok dan minuman
keras dari Lawas ke Tenom serta 10 bot muatan rokok dan minuman dari Labuan belabuh
di Lawas setiap hari; tetapi yang menghairankan ialah pihak polis tidak
mengetahui hal ini.
Pihak polis dan Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya memberhentikan kegiatan ini
sama sekali dan bukan hanya memberhentikan saya seorang sahaja. Oleh itu, saya
inginkan penjelasan daripada pihak polis dan APMM mengenai perkara ini.
Saya berharap Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan penyiasatan terhadap mereka
yang telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Sekian terima kasih.
MANGSA PENINDASAN
Surat ini disalinkan kepada;
CC : Timbalan Ketua Urus
Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman
CC : Pesuruhjaya Polis Sabah
Dato’ Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah
CC : Pengarah Polis Diraja
Malaysia - Putra Jaya
CC : Pengarah Maritim Negeri
Sabah
CC : Pengarah Maritim
Malaysia - Putra Jaya
CC : Tuan Hj Jalil Bin Hj
Jaaffar – SPRM KK
CC : Timbalan Pengarah
Operasi – SPRM Putra Jaya
CC : Tuan Dr. Jonathan
Kandok – Kastam Negeri Sabah
CC : Pengarah Kastam
Malaysia - Putra Jaya
CC : DSP Mazlan Bin Mohamed
Lazim – Pegawai Polis Daerah Tenom
CC : Pengarah Maritim WP
Labuan
perkara ini kena diberi perhatian, tindakan harus diambil.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu sensitif dengan kegiatan2 haram seperti penyeludupan ni.
ReplyDeleteUrang bilang, 'no money, no talk'.
ReplyDeleteSelagi masih ada yang tidak amanah dengan tugas mereka, selagi itulah masalah seperti ini tidak akan selesai.
ReplyDeletePenyeludupan barangan tersebut semestinya perlulah diberhentikan.
ReplyDeletePenyeludupa harus dibanteras dan dalang harus ditangkap
DeletePihak polis sepatutnya menyiasat mengenai perkara ini. Kenapa perkara ini boleh dibiarkan terus beroperasi.
ReplyDeleteSebelum membuat aduan di sini pastikan dokumen yang diperlukan semua ada mengikut peraturan.
ReplyDeletecuba jelaskan secara terperinci.. apa alasan pihak polis menghalang pengadu dari berniaga?? tiada lesen? barang larangan? dan apa contoh kedai yang dibenarkan berniaga barang yang sama di kawasan itu??
ReplyDelete