Friday, 11 May 2012

1,800 SET KOMPUTER UNTUK BATU SAPI



JANJI....Linda Tsen berjanji akan mengageh-agehkan set computer kepada 1,800 pengundi Batu Sapi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBANYAK 1,800 unit set komputer akan diageh-agehkan kepada sebahagian pengundi kawasan Batu Sapi dan badan-badan NGO lainnya pada 14 Mei 2012 bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Selain pengundi-pengundi dan badan-badan NGO memperoleh komputer secara percuma turut membabitkan beberapa wartawan daripada pelbagai media cetak dan media elektronik antaranya New Sabah Times, Sabahkini.Net, Utusan Borneo/Borneo Post, Daily Express, RTM, Bernama, See Hua Daily News dan Merdeka Daily News bakal menerima komputer pada hari tersebut.

Datin Linda Tsen Thau Lin, Ahli Parlimen Batu Sapi berkata demikian kepada Wartawan Sabahkini.Net di pejabatnya kelmarin.

Katanya tujuan mengageh-agehkan komputer tersebut ini adalah program Pejabat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing untuk memberikan kemudahan kepada penduduk setempat memahirkan diri dalam bidang ICT.

Ditanya kenapa wartawan turut menerima set komputer tersebut, Linda Tsen menjelaskan ini sebagai memberikan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan khidmat para wartawan yang banyak membantunya membuat liputan media mengenai aktiviti-aktiviti Parlimen Batu Sapi.

"Jasa dan peranan media massa (wartawan) kami tidak pernah lupakan. Begitu juga dengan jasa para pengundi kawasan Batu Sapi yang memberi mandat dan kemenangan besar calon BN pada pilihanraya kecil dua tahun lalu,” ujar Linda lagi.

Katanya lagi, hanya nama-nama mereka sahaja yang telah berdaftar dengan pejabat Parlimen Batu Sapi layak mendapatkan sumbangan komputer tersebut di Dewan Masyarakat nanti.

Bagi mereka yang belum mendapat komputer seumpama itu, Linda menjelaskan agehan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan mereka harus bersabar kerana sampai gilirannya mereka juga akan dapat.

Tambahnya lagi bagi, para penerima yang layak menerima jangan lupa membawa kad pengenalan asal semasa program pembahagian komputer dijalankan nanti.

23 comments:

  1. sumbangan set Komputer tersebut amatlah dihargai, tahniah pada mereka yang mendapatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu sumbangan yang baik, semoga mereka yang terima dapat gunakan dengan wajar.

      Delete
    2. sumbangan seperti pastinya disambut baik oleh mereka yang menerimanya.

      Delete
  2. SEBANYAK 1,800 unit set komputer akan diageh-agehkan kepada sebahagian pengundi kawasan Batu Sapi dan badan-badan NGO lainnya pada 14 Mei 2012 bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

    This is a good initiative from the Batu Sapi Parliament Member- Datin Linda Tsen. Hopefully the people will benefit from the 1,800 computers which will be distributed today.

    ReplyDelete
  3. Do make sure the distribution is done smoothly and fairly, those who needed the computers more should be given priorities.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. pemberian komputers tersebut harus diberika pada mereka yang benar2 layak, dgn adanya komputer pasti penduduk akan lebih celik IT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula disalahguna.nampaknya sekarang bukan pelajar sekolah saja yang dapat.

      Delete
  5. Senang betul dapat komputer sekarang ya. dulu kena keluarkan wang yang banyak untuk beli komputer, sekarang pula boleh dapat secara percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The computers are only given to those who deserve it. They have to go through the selection process before entitle to receive the computer.

      Delete
  6. Lepas ni, pembangkang pun akan cakap bahawa bantuan ini adalah rasuah. Kerajaan bertanggungjawab memberi bantuan kepada rakyat jadi unsur rasuah itu tidak wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang dilakukan ini adalah sesuatu yang baik. harap ianya tidak dijadikan isu pula oleh pihak tertentu.

      Delete
  7. Sumbangan wartawan selama ini memang dihargai dan ini terbukti dengan pemberian komputer kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wartawan memang penting sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat.

      Delete
  8. Pastikan mereka yang layak yang terima sumbangan ini.

    ReplyDelete
  9. tujuan mengageh-agehkan komputer tersebut ini adalah program Pejabat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing untuk memberikan kemudahan kepada penduduk setempat memahirkan diri dalam bidang ICT.

    Harap tindakan ini dapat memupuk minat dalam bidang komputer.

    ReplyDelete
  10. Sumbangan ini memang memanfaatkan golongan yang betul-betul memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. program seperti ini perlu dibuat lagi pada masa depan.

      Delete
  11. Lets see whether BN can achieve good result in Batu Sapi

    ReplyDelete
  12. usaha yang baik untuk mendekatkan masyarakat dengan teknologi terkini.

    ReplyDelete
  13. Semoga set komputer itu akan dapat ditunaikan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Guna kemudahan tu sebaik mungkin

    ReplyDelete
  15. Pembangkang tidak seharusnya memutar belitkan sumbangan yang baik kepada rakyat

    ReplyDelete
  16. inilah masanya Datil Linda membuktikan kemampuan beliau dalam mengurus dan mengagihkan bantuan2 kerajaan kepada penduduk kampung sekaligus meyakinkan penduduk kawasan beliau bahawa beliau mampu membangunkan kawasan itu dan mampu menyelesaikan masalah rakyat..

    ReplyDelete