Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : NORASMAH TAKBIRUL
KETUA Sri Kandi PKR Cabang
Semporna, merangkap Exco Sri Kandi PKR Negeri Sabah, Nazmahwati Walli mendakwa
Kampung Pulau Labuan Haji di kawasan DUN Sulabayan, hampir 90 peratus
penduduknya terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara, terutama
prasarana asas.
Nazmah berkata demikian
kepada Sabahkini.Net sejurus selepas lawatan kerjanya sehari ke Kampung Labuan
Haji bersama-sama rombongannya, baru-baru ini.
Dalam lawatan ke kampung
tersebut, di samping menemui penduduk, Nazmah juga sempat memeriksa beberapa
batang jambatan yang terlalu usang dan pada bila-bila masa sahaja roboh dan
boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna setempat terutama sekali
kanak-kanak.
Menurut beberapa orang
penduduk kampung berkenaan yang ditemui Nazmah mendakwa kerosakan jambatan sudah
berlarutan hampir tiga tahun lalu tetapi gagal dibaiki walaupun penduduk sudan
membuat aduan rasmi ke Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sulabayan atau
kepada ADUN sendiri.
"Sudahlah begitu
rata-rata penduduk di kampung Pulau Labuan Haji hidup dalam keadaan terlalu
daif sedangkan mereka adalah Penyokong BN dan Ahli Tegar UMNO," kata Nazmah
yang sedih melihat keadaan mereka.
Sejurus selepas lawatannya ke
Kampung Pulau Labuan Haji, Nazmah terus membawa rombongannya bersama-sama
Jurufoto Sabahkini.Net meninjau ke beberapa buah gerai dan mendapati di
sekeliling gerai tersebut terlalu kotor dengan dipenuhi dengan sampah sarap yang
tidak dikutip oleh kakitangan Majlis Daerah Semporna (MDS).
Kata Nazmah, jika pihak MDS
tidak mampu untuk membersihkan kekotoran tersebut kerana kekurangan dana, maka
sewajarnya Pejabat ADUN atau Pejabat Daerah menganjurkan program gotong royong
secara berkala bagi menyediakan persekitaran yang selesa untuk pengunjung dan
pelancong.
kawasan tersebut haruslah dimajukan, ia masih lagi dalam kemunduran.
ReplyDeleteya..semoga kawasan tersebut akan jadi lebih baik.
DeleteHope that Kampung Pulau Labuan Haji will get the developments they badly needed in the near future.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
The People Representatives as well as the Parliament Member have the responsibility to bring developments to the area, hope that they can serve the people well.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
wakil rakyat kawasan tersebut harus peka akan keadaan di bawah jagaannya.
ReplyDeleteSekarang baru sedar tentang kemunduran penduduk??
ReplyDeleteKadang2 rakyat perlu berusaha sendiri untuk laksanakan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan.
ReplyDeletePasti ka bahawa yang tinggal di sana tu bukan PATI/PATAI?
ReplyDeleteMasalah kebersihan adalah tanggunjawab bersama. Jangan buang sampah merata-rata jika tidak mahu masalah timbul di masa akan datang.
ReplyDeletesetuju, kalau masalah kebersihan itu adalah tanggungjawb bersama.
DeleteIni membuktikan ketidak seimbangan ekonomi dan pembangunan.
ReplyDeletePerkembangan ekonomi akan membawa perubahan dari segi kehidupan.
ReplyDeletesetuju, perkembangan ekonomi mampu untuk membawa perubahan.
DeleteWR harus turun padang dan memahami keadaan rakyat.
ReplyDeleteKeadaan sekitaran harus dijaga dengan baik.
ReplyDeleteNazmah mendakwa kerosakan jambatan sudah berlarutan hampir tiga tahun lalu tetapi gagal dibaiki walaupun penduduk sudan membuat aduan rasmi ke Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR)
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil agar masalah dapat diselesaikan untuk aktiviti harian.
kemudahan harus diberikan kepada setiap masyarakat.
ReplyDeleteharap perhatian yang sewajarnya akan diberikan terhadap kawasan ini.
ReplyDeleteJangan terlepas pandang kawasan yang perlukan pembangunan.
DeleteNampaknya PKR mula memberikan wanita PKR bersuara di Semporna.
ReplyDeleteWakil rakyat perlu rajin turun padang dan mendengar keluhan rakyat dan berusaha membantu rakyat
ReplyDeletejika PKR memerintah negara ini, masih ada ka peruntukkan untuk pembangunan kawasan sulabayan ini.. PKR janjikan pendidikan percuma, pemansuhan cukai, menaikkan royalti minyak, menaikkan subsidi keperluan asas dan bahan api, elaun rm500 kepada guru dan banyak lagi..
ReplyDeletejika Nazmahwati jadi wakil rakyat untuk kawasan itu, adakah beliau boleh memberikan jaminan bawasa masalah2 seperti yang beliau sebutkan itu diselesaikan?? kenapa bukan beliau saja yang turun mengajak penduduk kampung melakukan gotong royong?? pemimpin2 pembangkang yang lain boleh buat, kenapa beliau tidak?? tunjukkan la..
ReplyDelete