KUALA LUMPUR : Sekumpulan 60
peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Menamakan tindakan mereka
sebagai “Bersih 4.0 Mencucikan Bersih 1, 2, 3”, peniaga terbabit berbuat
demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas
yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada
28 April lepas.
Pengerusi Majlis Bertindak
Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga
pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam
pada hari terbabit.
“Kami berharap dapat
memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga
boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu
(kediaman Ambiga),” katanya pada sidang media, di sini kelmarin.
Turut hadir wakil Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar
Kuala Lumpur.
Jamal berkata mereka akan
meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.
“Kami akan teruskan berniaga
jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan
sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL,”
katanya.
Beliau berkata selain
menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada
penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan
perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu
kententeraman awam.
“Bersih 4.0 ini juga untuk
mencucikan kembali perkataan ‘Bersih’ yang telah disalahgunakan oleh penganjur
perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur
perhimpunan haram itu,” katanya.
Pada 10 Mei lepas,
sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di
hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung
kerugian selepas perhimpunan yang dianjurkan Ambiga dan disokong pembangkang
itu berakhir dengan rusuhan. (Bernama)
Sudah-sduahlah tu. Rasional la sikit.
ReplyDeleteAmbiga mesti bagi punya itu. Ambiga adalah seorang yang berjiwa BERSIH jadi mesti mengizinkan perkara ini.
ReplyDeletehehe..Ambiga juga memperjuangkan keadilan dan kebebasan
DeleteTanda protes para peniaga dengan perhimpunan Bersih.
ReplyDeletepatut Ambiga arahkan peserta2 perhimpunan Bersih 3.0 datang ke rumahnya untuk melariskan jualan penjual2 burger ini.. confirm dapat cover semua kerugian yang mereka alami.. kalau dapat kumpul orang untuk sertai perhimpunan, takkan tidak dapat kumpul orang untuk beli burger..
ReplyDelete