KENINGAU: Seramai lebih
kurang 500 murid dan 45 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30
kilometer dari sini terpaksa bertarung dengan hawa yang panas akibat ketiadaan
bekalan elektrik di bangunan baru sekolah itu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Rusinin Rasiman berkata, bangunan baru sekolah
itu telah digunakan awal tahun ini dengan harapan ia memberi keselesaan kepada
murid-murid dan guru-guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi katanya, setelah
empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah itu menyebabkan
murid-murid dan guru-guru menghadapi keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa
bertarung dengan hawa yang panas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dalam kelas.
“Ini kerana semua
kelengkapan seperti kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi akibat ketiadaan
tenaga elektrik walaupun pendawaian dalam banguan sudah lengkap,” katanya
semasa membuat kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Katanya, murid-murid dan guru-guru
terpaksa keluar dan mengambil masa sekurang-kurang 15 minit untuk mendapat
udara yang nyaman untuk satu subjek.
Rusinin memberitahu, kadang
kala ada murid yang pengsan ketika perhimpunan di dalam dewan akibat kipas
tidak berfungsi.
Keadaan ini katanya,
membantutkan sasaran sekolah untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima orang
murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Menurut Rusinin, pihak
sekolah dan PIBG telah mengemukakan masalah itu kepada pihak yang berkenaan
terutama Sabah Electricity (SESB) tetapi sehingga kini ia belum dapat diatasi.
“Alasan yang diberikan
begitu ringkas iaitu ‘transfomer’ rosak tetapi sampai bila alasan itu berakhir.
Kami mahu bila ia boleh diperbaiki” tegas Rusinin.
Tambah Rusinin, selain
bangunan sekolah, kantin sekolah itu juga turut tidak mendapat tenaga elektrik
pada masa ini.
Beliau berkata, pihaknya
terpaksa memilih media cetak sebagai jalan terakhir untuk mengemukakan masalah
itu setelah beberapa kali mengajukannya kepada pihak-pihak yang berkenaan.(ST)
macam mana pula transfomer rosak sedangkan bekalan elektrik belumpun disambungkan ke bangunan itu??
ReplyDeletekalau ada usaha untuk perbaiki mesti sekejap saja siap tu.
DeleteTakkan tiada peruntukan lagi? Mungkin juga disebabkann kegiatan curi kabel, vandalisme yang menjadi punca kepada masalah ini.
DeleteSemoga masalah kekurangan ini dapat diperbaiki lagi.
Deleteselagi bangunan itu belum lengkap sepenuhnya terutamanya berkenaan dengan bekalan elektrik dan air, pihak yang berkenaan tidak patut membenarkan bangunan itu digunakan..
ReplyDeletesuasana yang selesa penting untuk pelajar bagi memudahkan mereka memahami apa yang dipelajari.
DeleteHope that the electricity supply will be restored to the school so that the students may have a more comfortable environment to study in.
ReplyDeletehttp://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/500-pelajar-belajar-dalam-oven.html
Hopefully this case will get the attention of the authorities to help resolve this issue.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
bagaimana proses pembelajaran nak berlaku jika keadaan tidak selesa. seharusnya bekalan elektrik boleh disalurkan ke sekolah tersebut.
ReplyDeletekeselesaan penting dalam memastikan proses pembelajaran berjalam lancar.
DeleteAtasi masalah ini dengan segera. Keadaan pembelajaran yang tidak kondusif membantutkan kelancaran proses pembelajaran.
ReplyDeleteya..harap penyelesaian segera akan dapt diambil.
DeleteHarap pelajar-pelajar ada keadaan yang lebih selesa untuk aktiviti pelajaran.
ReplyDeleteSeharus menyediakan penjana kuasa backup jika bekalan terputus.
ReplyDeletemungkin cadangan menggunakan generator boleh digunakan untuk sementara.
Delete"empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah"
ReplyDeleteKenapa ini terjadi? Seharus tindakan wajar diambil.
SESB harus membaiki kelemahan dan bekalan yang selalu putus.
ReplyDeleteya..kualiti perkhidmatan harus dipertingkatkan.
Deleteharap pekara ini akan dapat diatasi dengan segera.
ReplyDeleteMasalah yang dialami disekolah ini seperti tidak ada pembelaan. Walaupun kerap pemimpin dan wakil rakyat datang kekawasan tersebut namun mereka tidak mengambil berat akan masalah ini. Harap bekalan akan dapat diberikan kepada sekolah tersebut.
ReplyDeleteTindakan segera perlu untuk membantu sekolah tesebut. Keselesaan murid2 harus diberi perhatian.
DeleteSekolah2 harus lengkap dengan kemudahan dan selesa untuk sesi pembelajaran
ReplyDelete