Oleh : LIM KIT SIANG
PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Razak sedang mengetuai kempen propaganda BN untuk kawalan kerosakan atau
damage control untuk mengurangkan ketidaksehaluan dalam penyahkendalian
perhimpunan 'duduk-bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang menuntut pilihan
raya yang bebas dan adil dengan tohmahan melulu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0
merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan BN.
Hakikatnya, perhimpunan
BERSIH 3.0 adalah kesedaran dan kebangkitan, keberdayaan dan kesepakatan antara
rakyat Malaysia yang menjangkau kaum, agama, kelas, kawasan, jantina atau pun
umur untuk menunjukkan cinta kepada negara yang menitikberat keperluan
pilihanraya yang bersih, untuk Malaysia yang bersih.
Setiap hari berlalu, apa
yang tidak boleh dinafikan BERSIH 3.0 suatu malapetaka dalam perhubungan awam
Najib dan imejnya sebagai 'reformis' dan 'transformis'.
Suhakam menyatakan bahawa
berlaku "penindasan dan perlakuan sebarangan". Pihak polis
menggunakan "kekerasan dan kuasa secara tidak wajar terhadap peserta
perhimpunan serta rakan media" dalam perhimpunan BERSIH 3.0 -
"kelakuan yang tidak boleh diterima".
Sementara Majlis Peguam
menyatakan bahawa keganasan polis yang disaksikan semasa BERSIH 3.0 lebih buruk
jika dibandingkan dengan kejadian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai
tahun lepas.
Sebelum ini, Suhakam
mengumumkan penemuan mereka bahawa pihak polis mencabuli hak asasi manusia
apabila menembak gas pemedih mata ke perkarangan kawasan kemudahan awam seperti
Hospital Tung Shin, hospital bersalin Cina dan dan Stesen KL Sentral yang
menyebabkan keselamatan orang awam tergugat.
Wajarkah wujud kesangsian
terhadap hasil penyiasatan awam yang kredibel dalam pencabulan hak asasi
manusia dan dengan keganasan pihak polis menggunakan kuasa tidak wajar dan
keterlaluan sama ada berbentuk tembakan gas pemedih mata, semburan air
bercampur bahan kimia, brutaliti polis dan keganasan terhadap peserta yang
berhimpun secara aman, termasuklah wakil media?
Ketua Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar berkata, beliau mahukan keadilan diberikan kepada semua pihak
terlibat, termasuklah ahli media dan anggota polis yang tercedera.
Saya bersetuju dengan ketua
polis negara yang berkata "hanya kerana beberapa yang berkelakuan seperti
samseng, tidak bermakna kesemua anggota polis berperangai sebegitu".
Ini satu sebab mengapa
penyiasatan penuh yang kredibel diperlukan untuk menegakkan keadilan bagi semua
peserta BERSIH 3.0 yang menjadi mangsa keganasan - sama ada pihak polis, wakil
media atau peserta sendiri.
Saya juga bersetuju bahawa
pihak polis bertindak dengan terkawal dan profesional sehingga kira-kira pukul
3 petang pada Sabtu lepas atau setengah jam selepas pengumuman penganjur BERSIH
3.0 bahawa perhimpunan tamat dan peserta diminta bersurai.
Selepas jam 3 petang,
kelihatan benteng pengawalan dan sikap profesionalisme pihak polis roboh dan
keganasan polis bermula.
Lapan persoalan yang wajib
dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan BERSIH 3.0 atau '428':
(1) Mengapa keganasan dan
kekerasan polis wujud sama ada dengan menembak gas pemedih mata, penyemburan
air dengan bahan kimia atau keganasan fizikal dan brutaliti terhadap perserta
perhimpunan aman selepas jam 3 petang, yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada
hari itu?
(2) Bagi yang telah
menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan
terhadap kumpulan itu sahaja tetapi menghukum kesemua peserta yang lain yang
berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?
(3) Mengapa ada beberapa
kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan?
(4) Mengapa wakil media dan
wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak polis dengan rampasan kad
memori kamera mereka dan pemecahan kamera mereka?
(5) Mengapa beberapa stesen
LRT diarahkan untuk ditutup selepas gas pemedih mata dan air yang dicampur bahan
kimia mula ditembak? Adakah ini hasrat pihak polis untuk "mengepung"
para peserta atau "memberi pengajaran" kepada mereka?
(6) Adakah benar transmisi
sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih
kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun tegang dan genting pada masa itu?
(7) Siapa dari pihak polis
atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau
lampu hijau supaya berlaku pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan
prinsip dan garis panduan penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan
polis?
(8) Persoalan sama ada masa
sudah sampai bagi pengimplimentasian penuh cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja
Polis Dzaiddin untuk membentuk perkhidmatan polis yang bertaraf dunia yang efisien,
profesional dan tidak berasuah - yang memfokus kepada tiga fungsi utama untuk
mencegah jenayah dan memastikan kadar jenayah sentiasa rendah, membasmi korupsi
dan menegakkan keadilan hak asasi manusia - dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas
Keganasan dan Penyalahgunaan Kuasa Pihak Polis?
Berdasarkan jadual waktu
sesi parlimen, sesi berikut dijangka akan bersidang untuk 12 hari dari 11 Jun
sehingga 28 Jun, sementara bajet Parlimen 2013 dijangka bermula pada 24
September dan akan berlangsung untuk tempoh 34 hari sehingga 27 November. Hari
pengumuman belanjawan akan dilakukan pada hari Jumaat, 28 September 2012.
Najib perlu memberi kata
putus dalam beberapa hari ini sama ada pilihan raya umum akan berlangsung pada
bulan Jun atau pada tarikh yang lebih lambat?
Hopefully the outbreak of violence during the Bersih 3.0 Rally will be investigated.
ReplyDeleteIf all participants followed the rules of the rally as well as the authorities orders, surely this sort of chaos will not happen.
ReplyDeletebyk keganasan berlaku semasa bersih, ia takkan berlaku jika semua ikut peraturan.
ReplyDeleteKeganasan Bersih 3.0 terdapat di SM saja. Sabah Sarawak terkecuali.
DeleteBila tiada rasa hormat dan sabar, tidak mustahil wujudnya keganasan macam ni.
ReplyDeleteYang pasti BERSIH ini satu petanda PR ketandusan isu untuk menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeletePembangkang sudah semakin terdesak untuk menang pada PRU13. PR ingin menawan Putrjaya sehingga sanggup menghasut rakyat untuk demo
DeleteMasing2 ada pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai hal tersebut. Tapi kerosakan yang dialami memang merugikan
ReplyDeleteapa pula komen suhakam berkenaan dengan tindakan penganjur2 Bersih melanggar undang2 melanggar peraturan dan tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa??
ReplyDeletejika penganjur2 Bersih menerima nasihat pihak berkuasa, perkara ini tidak akan berlaku.. adakah hanya peserta2 perhimpunan sahaja yang ada hak asasi?? bagaimana dengan pihak polis, orang awam, pelancong dan peniaga2??
ReplyDelete