Oleh : CLARA CHOOI
DATUK Ambiga Sreenavasan
menggesa perusuh ganas menghadapi 'tindakan undang-undang' sekiranya mereka
menentang dan memprovokasi pihak polis.
Pengerusi Bersama Bersih itu
berkata kepada The Malaysian Insider beliau sangat 'terkesan' dengan laporan
yang mengatakan perusuh 'Duduk Bantah' yang dikatakan aman, memprovokasi malah
menyerang pihak polis ketika insiden semalam.
"Bagi saya, tiada
persoalan untuk itu, kami tidak pernah bertoleransi dengan sebarang keganasan,
mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang. Perkara ini langsung tidak boleh
diterima," katanya semalam.
Ambiga telah memberikan
respon berkenaan laporan yang mendakwa perusuh berkeras walaupun telah diarah
bersurai, sebaliknya bertindak ganas terhadap pokis dengan melempar objek
seperti kepingan konkrit, kon trafik, botol air dan batu ke arah mereka.
Namun begitu, bekas
pengerusi Majlis Peguam itu menegaskan beliau tidak melihat insiden tersebut,
sebaliknya, berdasarkan kawasan di mana beliau berada, demonstrasi itu
berlangsung secara aman.
"Daripada tempat saya
bersiri, keadaan aman. Saya tak tahu siapa mereka ini ... tapi mereka perlu
menghadapi tindakan undang-undang. Tiada alasan," katanya.
Beliau mengulangi pendirian
yang ditimbulkan pemerhati, apabila keadaan kelam kabut itu dimulakan oleh
"agen provokasi" apabila melanggar halangan polis di sekeliling
Dataran Merdeka, yang mana melanggar perintah mahkamah.
Tambahnya, siatuasi itu 'sukar
dipercayai' apabila ribuan perusuh, yang sebelum ini bertenang, tiba-tiba
berlaku kekacauan.
"Namun perlu diingat
saya tidak mengetahui berkenaan keganasan ini," katanya.
Ambiga menambah pihak
berkenaan Bersih sedang mengumpul maklumat berkenaan perhimpunan itu bagi
mengenal pasti punca provokasi dan keganasan perusuh Bersih.
Rusuhan mula berlaku apabila
polis mula menahan peserta rusuhan hampir empat jam selepas Bersih 3.0
diisytiharkan tamat oleh pemimpinnya apabila perusuh dianggarkan 1,000, enggan
meninggalkan kawasan demonstrasi.
Terdapat juga perusuh yang
mencabar dan memperolok-olokan pihak pikis walaupun menerima arahan untuk
bersurai.
Perhimpunan bertukar ganas apabila
pihak polis menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Perak yang mana penyokong
mula membaling objek seperti botol, dan kepingan konkrit ke arah polis
Disebalik kekecohan itu,
turut terdapat khabar angin ada empat perusuh meninggal dunia dalam perhimpunan
tersebut, dengan seorang daripanya dikatakan mati ditembak, menambah kemarahan
peserta.
Turut dikatakan kenderaan
membawa Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa membuat pusingan U
berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan perusuh.
Mereka membaling kasut dan
kepingan konkrit ke arah polis dan memecahkan cermin kereta berkenaan.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
secara peribadi turut mengakui keganasan itu adalah lebih teruk daripada
perhimpunan tahun lalu, dan cubaan "mengawal perusuh" adalah teruk.
"Arahan untuk bersurai
telah dibuat, pulang ke rumah masing-masing.
"Pemimpin Pakatan kata
dah selesai. Jika kamu masih berdegil, tanggung sendiri," kata Unit Amal
PAS kepada perusuh semasa perhimpunan Bersih semalam. (Reuters)
Ambiga said this will be a peaceful rally, but nothing is peaceful about it.
ReplyDeleteFortunately the Sabah Bersih Rally has gone smoothly and peacefully without the sort of chaos like this.
ReplyDeleteAmbiga kecut sudah. Siapa suruh mahu adakan Bersih 3.0??
ReplyDeleteNasib di Sabah tidak berakhir dengan kejadian seperti ini.
ReplyDeleteAmbiga pun patut dikenakan tindakan, dia yang harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada perhimpunan bersih.
ReplyDeletedia ketua memang patut bertanggunjawab tapi tak kan la dia mahu masuk penjara. Jadi kasi biar la orang lain yang masuk..hehe
DeleteMasalah dapatkah kita kenal perusuh yang ganas itu. Kenapa Ambiga tidak mahu tanggung semua ini. Bukankah ini angkara Ambiga menganjurkan semua ini. Jadi sebaiknya Ambiga kena kawal orang-orangnya sendiri.
ReplyDeleteAmbiga juga bersetuju untuk memberi tindakan undang2 kepada perusuh yang menganas dalam Bersih 3.0
ReplyDeletetahu tidak boleh kawal tapi berdegil mahu teruskan perhimpunan.. sepatutnya Ambiga la yang dikenakan tindakan undang2 atau lebih layak dikenakan hukuman buang negara..
ReplyDeleteAmbiga sebenarnya memang berniat mahu perhimpunan ini berjalan secara tidak aman atau penuh dengan keganasan.. sebab itu dia panggil wartawan dan jurukamera dari luar negara.. dan sebab itu beliau mahu perhimpunan Bersih ini berlangsung di seluruh negara dan seluruh dunia..
ReplyDeleteAmbiga patut rasa bagaimana sakitnya peserta2 perhimpunan yang dipaksa bertempur dengan pihak polis oleh Ambiga dan pemimpin2 pembangkang.. kenapa penganjur2 ini pula yang selamat dari sebarang bentuk kecederaan??
ReplyDelete