Tuesday, 1 May 2012

JANGAN TUDUH POLIS PUNCA RUSUHAN




PERSATUAN Bekas Polis Malaysia mengingatkan pembangkang dan penganjur perhimpunan Sabtu lepas agar tidak mengambil kesempatan menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sengaja mencetuskan rusuhan dan huru-hara.

Ketua Penerangan Dan Perhubungan persatuan itu, Mohd Zainan Mohd Yunus berkata mereka tidak rela PDRM diperkotak-katikkan pembangkang yang hanya mahu menyuntik kebencian rakyat terhadap pasukan keselamatan itu dan meruntuhkan kerajaan sedia ada.

Jangan cuba ambil kesempatan dengan dakwaan kononnya wujud provokasi serta penyamaran oleh polis yang berpakaian seperti penyokong perhimpunan itu dan sengaja mencetuskan huru-hara, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Mohd Zainan berkata persatuan itu yakin Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil Datuk S.Ambiga dan pimpinan pembangkang sebenarnya sudah hilang arah dan pengaruh kerana penipuan mereka selama ini telah diketahui rakyat.

Justeru, persatuan itu menggesa Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara agar menggunakan kuasa yang ada menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab mencetuskan ketegangan pada hari perhimpunan tersebut. (Bernama)

11 comments:

  1. The Bersih Rally should not be held the first place since they cannot fulfill their promises that this is a peaceful rally.

    ReplyDelete
  2. DAP Tunku Abdul Aziz is right to object to the Bersih Rally, Bersih cannot ensure the peace and safety of the participants.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati. Bukankah lebih banyak kerosakan dan kotoran yang ditinggalkan selepas Bersih ini tamat??

      Delete
  3. Bila berlaku rusuhan, mula la cakap didalangi polis yang menyamar sebagai peserta Bersih etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam tu siapa juga mahu tuduh diri sendiri.

      Delete
  4. kekecohan berlaku kerana sikap peserta perhimpunan yang tidak mengikut peraturan. polis hanya jalan tugas mereka mengawal keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peserta Bersih 3.0 ada yang cabar polis sebab tu la..jadi rusuhan.

      Delete
  5. Semua ini adalah antara sebab kedegilan yang ada pada perserta itu sendiri. Memang kita tidak boleh salahkan polis kerana mereka ini cuma ingin menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keamanan orang awam dan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun peserta2 Bersih ini sepatutnya tahu apa yang bakal mereka hadapi bila menyertai demonstrasi seperti ini.. jadi akur saja la kalau kena belasah dengan pihak polis.. kalau tidak sanggud dibelasah, baik jangan sertai perhimpunan..

      Delete
  6. bukan polis yang salah, dan bukan juga kerajaan.. yang salah adalah penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga dan juga pemimpin2 parti pembangkang.. gara2 teringin mahu rampas puterajaya, rakyat pula yang dijadikan alat atau perisai untuk mencapai cita2 mereka..

    ReplyDelete
  7. jika Pakatan berjaya merampas kerajaan, dan berhadapan dengan perhimpunan besar seperti ini, adakah mereka tidak akan menggunakan polis untuk menjaga keamanan negara sekaligus menyekat perhimpunan ini dari terus bermaharajalela?? sedangkan pemimpin sendiri dikenakan tindakan hanya kerana membuat kritikan terhadap pari, inikan pula gelombang rakyat seperti perhimpunan Bersih...

    ReplyDelete