SIJIL….Azizah menyampaikan sijil kepada peserta Program
Cinta Alam cabaran dan Rekreasi Daerah Beaufort 2012 yang diwakili Azirah.
Oleh
: ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT:
Generasi muda perlu meningkatkan kesedaran
memulihra alam sekitar seperti hutan paya gambut demi memastikan ianya tidak pupus dan hanya
tinggal sejarah.
Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun
berkata Hutan Paya Gambut mempunyai banyak keunikan dan kebaikannya kepada alam
sekitar.
“Kerajaan
telah mengambil inasitif untuk memulihara hutan paya gambut dan ianya perlulah
mendapat sokongan penduduk melalui kesedaran yang tinggi untuk memastikan ianya
terus wujud dan jagan biarkan ianya hanya menjadi sejarah,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil
Program Cinta Alam cabaran dan Rekreasi Daerah Beaufort 2012 anjuran
Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) dengan kerjasama persatuan akar umbi Daerah
Beaufort, di Hutan Paya Gambut Klias di Kampung Luagan di sini.
Hadir
sama, Pegawai KBSS Bahagian Sipitang, Yassin Omar, Pegawai KBBS Beaufort,
Nordin Ismail dan Pengurus Projek Pejabat Luar HPG Klias, Christopher.
TANAM…….Azizah dibantu Nordin dan pegawai bertugas
kelihatan menanam pokok sebagai tanda kenangan.
Azizah
yang juga Adun Klias itu berharap program seperti itu akan menjadi sebahagian
daripada program belia di daerah ini yang dijalankan secara berterusan.
“Kesedaran
pemuliharaan alam sekitar dikalangan rakyat negara ini masih rendah berbanding
negara luar. Oleh sebab itu program-program yang dapat menerapkan kecintaan
terhadap alam sekitar perlulah dilaksanakan secara berterusan khususnya yang
membabitkan penglibatan belian,” katanya sambil menyarankan agar belia
mempunyai semangat kesukarelawanan.
Pada
Majlis itu Azizah menyampaikan sijil penyertaan kepada 28 peserta yang diwakili
Azirah Hamad.
Sementara
itu Kumpulan Gambut menerima hadiah kumpulan terbaik dan Nuraisyah Mohd Salleh
pula menerima hadiah peserta terbaik.
kesedaran dalal menjaga alam sekitar harus dipupuk dalam diri kita.
ReplyDeleteProgram kesedaran tentang alam sekitar perlu dilaksanakan dengan lebih kerap di kalangan para pelajar/golongan muda.
ReplyDeletePendedahan kepentingan menjaga alam sekitar kepada belia adalah inisiatif yang baik dari kerajaan. Tahniah!
ReplyDeleteAlam sekitar perlu dipulihara dan dipelihara dari sekarang agar generasi akan datang dapat menikmati keindahannya.
ReplyDeleteRemaja sekarang seharusnya didedahkan dengan kepentingan alam sekitar yang bersih dan terjaga.
ReplyDeleteRemaja harus didedahkan dengan kampen2 kesedaran alam semulajadi dengan kerap.
DeleteDidikan perlu diterapkan dari kecil lagi.
ReplyDeletekesedaran ini sangat sesuai bermula daripada generasi muda.. dan lagi bagus jika ada aktiviti2 berkaitan alam sekitar di semua peringkat sekolah..
ReplyDelete