Wednesday 16 May 2012

PAS BINA SURAU AL-HARAKAH DI PULAU SHANGHAI




RASMI…..Surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, Sandakan dirasmikan walaupun belum siap sepenuhnya.

Oleh : MUSTAMAN MUSTAIN

SANDAKAN: Cita-cita penduduk Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam perjalanan bot dari Sandakan, untuk memiliki sebuah surau dan tempat berkumpul menjadi kenyataan apabila sebuah surau didirikan dan dirasmikan kelmarin.

Surau ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah datangnya dari pembaca Harakahdaily.

Ia selamat dilancarkan hari ini oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang disertai sama oleh Haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Turut serta adalah anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang menjadi penganjur kepada pembinaan surau ini dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 150 penduduk tempatan.

Majlis pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.




Pada 31 Disember tahun lalu Tuan Ibrahim yang memimpin ekspedisi ke pulau ini memacakkan tiang tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau itu.

"Kita mahu surau ini menjadi pusat perpaduan penduduk di pulau ini. Pusat aktiviti, pusat kerjasama," kata Tuan Ibrahim dalam ucapannya.

Tuan Ibrahim ketika mengimbau kembali lawatan pertamanya ke Pulau Shanghai Disember lalu berkata, apabila ditanya penduduk di sini, apa yang mereka perlukan di sini mereka  berkata banyak yang tidak ada di sini.

"Dari banyak yang tidak ada, air bersih, eletrik, dewan, surau, kami pilih buat surau tempat berhimpun dan berjamaah," katanya.

Selepas itu, kempen dibuat untuk mengumpul dana untuk surau ini ke seluruh dunia termasuk ke Arab Saudi.

Ekoran itu lebih RM60,000 berjaya dikumpul khasnya dari pembaca Harakahdaily ekoran iklan yang disiarkan dalam laman web ini.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan khasnya pembaca Harakah kerana menjayakan projek ini.

"Atas dasar itu kita namakan surau ini Al-Harakah," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.


"Ini tempat untuk semua orang untuk memenuhi keperluan didik agama kepada anak-anak, program motivasi, solat dan sebagainya. Kami serahlah kepada tuan-tuan semua untuk mengisi program di sini agar surau ini sentiasa hidup dengan program," katanya.

Beliau juga berkata, selepas ini surau kedua pula akan dibantu oleh PAS untuk dibina iaitu di Keningau.

"Di sana ada satu kampung yang gereja ada dua buah tetapi tidak ada satu pun surau di situ sedangkan orang Islam ramai," katanya.

9 comments:

  1. sumbangan Surau tersebut amat dihargai, ia pasti memudahkan penduduk dalam melakukan ibadat.

    ReplyDelete
  2. Inilah kelebihannya bila PRU sudah dekat. apapun, syabas atas usaha membina surau tersebut.

    ReplyDelete
  3. Baguslah PAS sudah mula menyumbang di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  4. Kemudahan tempat beribadah amat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. harap2 sempurnalah tempat beribadah tu.

      Delete
  5. Sumbangan yang baik daripada PAS.

    ReplyDelete
  6. Baguslah PAS membantu rakyat yang memerlukan tanpa menunggu

    ReplyDelete
  7. Nik Aziz sanggup membiayai perhimpunan yang tujuannya untuk menggulingkan kerajaan, tapi kenapa beliau tidak sanggup membiayai kos pembinaan surau ini??

    ReplyDelete
  8. apa2pun, syabas kepada pihak yang menderma dan pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti mengumpul dana ini..

    ReplyDelete