Oleh : ART431
PESTA Ria di daerah kecil Telupid
telah berlangsung secara berterusan bermula sejak 28 April, bertemakan
‘Karnival Siok Telupid’ dan kini bermula 5 Mei ‘Sepakat Komuniti 1Malaysia’ dan
berikutnya selepas ini ’Pesta Kaamatan’ peringkat Daerah Beluran yang dipercayai
bertujuan untuk beramal mesra dengan para pengundi yang terdiri daripada warga
asing dan rakyat tempatan setempat.
Daerah kecil Telupid
merupakan kawasan yang menentukan kemenangan kepada parti UMNO/PBS kerana mempunyai jumlah
pengundi yang menyamai jumlah majoriti (kelebihan) undi yang memberi kemenangan
kepada calon DUN 40 Labuk dan Parlimen P.183 Beluran pada penggal-penggal yang
lalu; berdasarkan pada kesepakatan oleh pengundi masyarakat tempatan untuk
memberi mandat kepada BN.
Namun di masa kini, lanskap
politik di daerah ini telah berubah ketahap 50/50 anti-BN disebabkan oleh
kegagalan wakil-wakil rakyat untuk mengatasi masalah seperti rampasan tanah dan
pemusnahan harta benda; pengeluaran geran tanah; pewartaan tanah-tanah rizab
kuburan dan kampung; penduduk setinggan rakyat tempatan; bekalan air bersih dan
tenaga letrik yang lembap; kehadiran PATI yang berleluasa dan agensi
perkhidmatan masyarakat yang lembap.
Tambah menjengkelkan, perangai
buruk segelintir pemimpin UMNO/PBS yang diketahui umum sebagai membuat
pembohongan dan ancaman bermotifkan politik.
Pilihanraya Umum sekali lagi
bakal menjelang tiba dan berbagai usaha dan rancangan oleh kerajaan UMNO/BN;
sekalipun bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan untuk beramal mesra dengan
rakyat.
Cubaan mereka untuk
menyambar hati pengundi agar memberi mandat seterusnya kepada UMNO/BN untuk
memerintah dan perlu bertebal muka mengenangkan hakikat pengkhianatan terhadap
maruah rakyat asal dan tanah air negeri Sabah, adalah juga mereka yang sanggup
memperdagangkan maruah demi untuk hiburan dan puji-pujian.
Hopefully the electoral list can be clean up before the next general elections. The EC should ensure that the voter list are clean and fair.
ReplyDeleteThe government need to do their best and fulfill their promises to the people in order to win their votes next GE.
ReplyDeletewalaupun Telupid hnya pekan kecil, namun ia penting.
ReplyDeleteWakil rakyat di Telupid harus sentiasa membantu rakyat dan membela nasib rakyat di Telupid
DeleteYang penting sekali adalah mendekati rakyat. Itu yang paling utama untuk memastikan masalah rakyat terbela.
ReplyDeletekepelbagaian di Sabah memang unik.
ReplyDeletebenarkah penduduk daerah kecil Telupid anti-BN?? tidak ada pula saya dengar kes2 kritikal yang melibatkan kelemahan kerajaan berlaku di daerah itu..
ReplyDelete