Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL
(TMI)
PENGANJUR Bersih 3.0 tidak
seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku
Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Penganjur Bersih 3.0 bukan
kumpulan “malaikat yang diturunkan dari syurga dan langsung tidak boleh
dipersalahkan.”
“Mereka seharusnya menerima
elemen tambahan daripada perhimpunan anjuran mereka yang menimbulkan kekecohan
dan huru-hara selagi mana ianya masuk akal,” kata Naib Presiden DAP itu dipetik
akhbar The Star.
“Mereka meletakkan beban
kesalahan itu di bahu pihak polis, sedangkan mereka harus sedar mereka juga
bersalah,” tambahnya.
Tunku Abdul Aziz, yang juga
Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun pihaknya tidak
menafikan ada sesetengah peserta yang sememangnya benar-benar menuntut pilihan
raya yang adil dan bersih, “namun, sebagai bukti, ada juga pihak yang
berfikiran sebaliknya.”
“Bersih 3.0 hilang kawalan
daripada matlamat utama mereka kerana ia telah disabotaj,” kata pemimpin DAP
berkenaan.
Tunku Abdul Aziz telah
mengeluarkan kata-kata lantang terhadap kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat (PR)
yang secara terbuka menyatakan beliau tidak menyokong perhimpunan Bersih 3.0
kerana ia “menyemai semangat rakyat untuk melanggar undang-undang.”
“Penentangan saya terhadap
demonstrasi seperti ini - menggalakkan rakyat melanggar undang-undang sedangkan
kita adalah pemimpin mereka yang menggubal undang-undang.
“Saya dapat rasakan
berlakunya konflik di sini. Saya tidak kisah jika perhimpunan itu tidak
menyalahi undang-undang, namun melanggar undang-undang tidak akan saya sokong,”
katanya sehari sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataannya itu mendapat
reaksi negatif Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng yang menegaskan pendirian Tunku Abdul Aziz itu memalukan parti.
“Saya terkilan dengan
kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat Senator Tunku Abdul Aziz menolak
hak Bersih untuk berhimpun ... untuk menuntut pilihan raya yang adil dan
bersih.
“Pendirian Senator Tunku itu
berkenaan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pendapat individu di antara ahli
Jawatankuasa Pusat DAP yang lain,” kata Lim dua minggu lalu.
kena ambil tindakan pada penganjur bersih, mereka harus bertanggungjawab atas kekecohan dalam bersih.
ReplyDeleteTindakan undang2 ke atas perusuh dan juga pihak penganjur
DeleteSemoga pihak penganjur BERSIH akan diambil tindakkan.
ReplyDeleteBersih dan penganjur2 bukan mailakat dan dapat menjamin keselamatan semua yang hadir
ReplyDeletemalang bagi peserta2 perhimpunan.. mereka masih tidak sedar2 bahawa mereka hanya diperalatkan oleh Ambiga dan Anwar.. lihat saja, peserta2 perhimpunan bertempur dengan pihak polis dan ada antara mereka yang cedera parah, sedangkan Ambing dan Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan.. nampak sangat peserta2 perhimpunan ini diperalatkan sebagai perisai oleh puak2 terdesak yang mahu menggulingkan kerajaan..
ReplyDeleteNik Aziz juga cuba menjadi malaikat dengan menghalalkan perhimpunan haram.. beliau sanggup mengeluarkan dana untuk peserta2 perhimpunan asalkan tujuan perhimpunan itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.. adakah ini ciri2 pemimpin yang layak untuk mentadbir negara ini??
ReplyDelete