PERGERAKAN pemuda BN Sabah
akan mengadakan bengkel 'Cyber Troopers' bagi memantapkan persediaan menghadapi
pilihan raya umum di 1Borneo, Likas dekat Kota Kinabalu selama tiga hari
bermula 25 Mei ini.
Ketua Penerangan Pemuda BN
Sabah Sh Sahar Sh Anding berkata bengkel yang akan disertai 85 anggota Pemuda
BN termasuk Pemuda Umno seluruh Sabah itu merupakan anjuran Unit Media Baru
Pergerakan Pemuda Umno Sabah.
Beliau yang mengetuai unit
berkenaan berkata bengkel berkenaan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi
Penyelaras BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada 25 Mei; manakala majlis
penutupan akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 27
Mei ini.
Menurut Sahar, program
tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan serta penerangan tentang
tugas menyelaras dan mengemas kini unit gerak saraf media baru BN termasuk
penggerak secara individu atau kumpulan supaya berjalan dalam arah dan matlamat
yang sama.
Selain meningkatkan
kemahiran penggunaan aplikasi media baru seperti Facebook, blog, Twitter,
Youtube serta teknik-teknik propaganda, mereka juga didedahkan dengan kefahaman
tentang ruang dan batas operasi serta kaedah sesuai dengan peraturan dan
undang-undang berkaitan sedia ada, kata Sahar dalam kenyataan di Kota Kinabalu
Rabu. (Bernama)
nampaknya BN telah bersedia menghadapi perang cyber.
ReplyDeleteJika cyber tidak digunakan dengan wajar, parah akibatnya.
Deletemoga dgn ini, ia dpt mengukuhkan jentera BN Sabah.
ReplyDeletewah..!Ada bengkel cyber trooper?baru hari ni dengar.
ReplyDeletePembangkang pun pasti giat dengan cyber trooper mereka untuk hadapi perang cyber.
ReplyDeleteLooks like BN are well prepared in every way.
ReplyDeleteOpposition will need to have their team of cyber troopers to get ready for the cyber fight with BN.
DeleteWow, the battle will be more on the internet nowadays.
ReplyDeleteBagus juga usaha ini bagi memastikan usaha pembangkang yang cuba manipulasikan isu untuk kepentingan diri sendiri tidak tercapai.
ReplyDeleteTransmission of info via cyber really work well.
ReplyDeleteBerapa diantara maklumat dan info cyber boleh dipercayai? jangan pula ada manipulasi maklumat untuk menjatuhkan imej pihak lain.
ReplyDeletesebelum ini, ketika cyber trooper pembangkang lebih ramai, masih juga mereka gagal merampas kerajaan.. inikan pula setelah BN menggerakkan pemudanya untuk melancarkan perang cyber..
ReplyDelete