Oleh : NIGEL AW
BANTAHAN BERSIH 3.0 Sabtu
lalu, perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 berhasrat
untuk menumbangkan kerajaan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Katanya, pembangkang tahu
bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa
untuk membentuk kerajaan. Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui
kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka
sebagai rejim baru.
Dr Mahathir berkata demikian
di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs
of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang kelmarin.
Protes itu, katanya, adalah
untuk menyebabkan ketidakstabilan negara bagi mewujudkan keperluan untuk
menukar rejim dengan bantuan kuasa asing.
"Gangguan itu adalah
kerana mereka mahu menunjukkan bahawa negara itu diperintah oleh diktator...
Mereka akan gembira jika orang asing bawa pesawat dan bom Kuala Lumpur. Mereka
akan berkata 'saya telah melakukan satu perkara yang baik untuk negara
ini'," katanya sambil menambah bahawa itulah pembangkang dan gerakan
BERSIH.
Di negara-negara di mana
kerajaannya telah digulingkan, kata beliau, 99.9 peratus undi diperolehi oleh
penyandang dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, tidak begitu
halnya di Malaysia di mana pembangkang memenangi Selangor, Pulau Pinang, Perak,
Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, dan Terengganu dan Sabah sebelum ini.
Sementara itu Bernama
melaporkan buku bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir
Mohamad", boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90.
Bercakap di majlis
pelancarannya, Dr Mahathir berkata apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai
akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.
Buku yang mengambil masa
lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua
Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin.
Abdul Kadir yang turut hadir
berkata bukan mudah untuknya menterjemahkan buku itu selain berusaha
mengekalkan gaya penulisan Dr Mahathir.
Katanya dalam proses menterjemahkan
buku tersebut beliau mendapatkan pandangan Dr Mahathir bagi memelihara
keasliannya.
"Karya terjemahan itu
juga satu usaha berbaloi bagi mendekati dan meresapi jiwa rakyat Melayu untuk
menyuntik semangat dan berkongsi kekayaan pengetahuan pemimpin ulung
tersebut," katanya.
Memoir setebal 996 muka
surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup
terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil
sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.
Memang ketara pembangkang sudah terdesak sangat mahu berkuasa. Adakah perjuangan sebegini ikhlas??
ReplyDeleteTernyata pembangkang memanipulasi perhimpunan Bersih untuk kepentingan politik mereka.
DeleteUndilah dengan bijak pada PRU13 ini. Jangan mudah percaya kepada propaganda palsu yang disebarkan oleh sesetengah pihak.
ReplyDeleteusaha nak tumbangkan kerajaan melalui kekecohan adalah perjuangan tidak ikhlas. jgn gunakan nama bersih untuk kepentingan politik.
ReplyDeletePerhimpunan Bersih juga dikatakan mendapat dana daripada pihak luar.
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh Anwar adalah satu perkara yang boleh dikatakan sebagai satu yang terdesak untuk mengulingkan kerajaan. Maka kita harap rakyat dapat memikirkan sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteBersih pasti bercampur aduk dengan agenda politik. pasti ada agenda sampingan.
DeleteBersih 3.0 bertujuan mendesak kerajaan untuk ikut telunjuk pembangkang.
ReplyDeletesudah tentu perhimpunan Bersih bertujuan untuk tumbangkan kerajaan.. sebab itu mereka anjurkan perhimpunan ini ketika pilihanraya semakin hampir..
ReplyDeleteyang kesian tu bila peserta2 perhimpunan bertempur dengan pihak polis.. yang rasa sakitnya adalah peserta2 Bersih.. manakala yang menikmati hasilnya ialah pemimpin2 pembangkang..
ReplyDelete