PERHIMPUNAN BERSIH 4.0
mungkin dianjurkan pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) masih gagal melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.
Lapan tuntutan itu
termasuklah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan
dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil,
mengukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Menurut Naib Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, pimpinan tertinggi AMK telah
mengadakan perbincangan untuk mendesak perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan ekoran
tiada kesungguhan daripada SPR untuk mendengar suara rakyat.
Katanya, ia ditambah dengan
keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
untuk mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian.
“Kelihatannya Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) nanti adalah sebuah pilihan raya berat sebelah, kotor dan
paling dahsyat pernah berlaku di negara ini. Kita sendiri dengan jelas melihat
pemimpin Umno-BN juga tidak bersungguh-sungguh mendengar suara rakyat bahkan
tidak melayan langsung,” katanya.
Beliau berkata, selain
menghantar mesej kepada kerajaan Umno-BN, perhimpunan BERSIH 4.0 nanti juga
akan terus mendesak SPR membersihkan senarai daftar pemilih.
Beliau turut menyarankan
supaya semua pengundi di seluruh negara untuk menyemak senarai daftar pemilih
bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau pertukaran kawasan mengundi semasa
pilihan raya nanti.
Tambahnya, perhimpunan
BERSIH 3.0 yang berlangsung tempoh hari juga bertambah ramai setelah Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Pengarah SPR dan
Timbalannya merupakan ahli Umno.
“Walaupun dia (Pengarah SPR)
kata bebas dan adil, macam mana nak buktikan sedangkan dah jadi ahli Umno.
Sesiapa yang mendaftar keahlian, dia mesti taat pada arahan kepimpinan parti
itu.
Justeru, kita akan menggesa
pihak sekretariat BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan itu sekali lagi dalam
masa terdekat.
Does this mean the Bersih Rally does not solve any problems? Since the claims cannot be fulfilled even with the Bersih 3.0 rally? So no matter how many times the Bersih rally was hold, it won't make a difference.
ReplyDeleteMaybe Ambiga and the Bersih organizers should stop wasting their time, holding a rally is not the best way to make a change.
ReplyDeleteEntah apa niat terselindung Ambiga dan konco-konconya merancang perhimpunan Bersih ini.
DeleteTolonglah bersikap matang jika mahu cari jalan penyelesaian. Menghasut rakyat untuk berhimpun bukan jalan terbaik.
ReplyDeletecukuplah dgn kekecohan yang timbul dari perhimpunan bersih 1,2dan 3. jgnlah tmbulkan lagi kekecohan.
ReplyDeleteSemua rusuhan hanya merugikan saja.
DeleteTerpulang dengan BERSIH 4 jika ingin dilakukan. Namun semakin banyak BERSIH dibuat semakin meluatlah rakyat terhadap Anwar. Sebabnya Anwar adalah pemimpin yang tidak bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Inikah yang ingin dipilih menjadi pemimpin Negara??
ReplyDeletelagi bagus jika perhimpunan Bersih 4.0 ini tidak disertai oleh rakyat biasa.. biar kali ini hanya pemimpin2 pembangkang dan penganjur2 Bersih saja yang berhimpun.. masa tu barulah mereka rasa macam mana situasi perhimpunan tanpa ada 'perisai' dihadapan mereka..
DeleteBersih tidak perlu la menganjurkan Bersih 4.0 sebab setiap perhimpunan Bersih gagal menganjurkan perhimpunan yang benar2 aman. Semua berakhir dengan rusuhan.
ReplyDeletekalau Bersih 4.0 berjaya dilaksanakan, saya harap kali ini biar Ambiga yang dibelasah oleh anggota polis.. biar dia rasa bagimana sakitnya kecederaan yang ditanggung oleh peserta2 Bersih..
Deletesebelum perhimpunan Bersih 3.0 dilancarkan, spr telah mengumumkan bahawa 7 tuntutan Bersih telah dimasukkan dalam 22 syor PSC.. kenapa masih berkeras mahu berhimpun??
ReplyDeletekalaupun 8 tuntutan Bersih itu ditunaikan oleh SPR, penganjur Bersih tetap akan mencari alasan lain untuk melancarkan perhimpunan.. jangan harap mereka akan berganjak dari pendirian mereka kerana pendirian mereka adalah atas telunjuk kuasa asing..
ReplyDelete