Oleh : ROSLAN BIAN
SEINGAT saya yang kerap
ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah
wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi berita luar negara ‘sepakat’
mengasak Ketua Pembangkang itu.
Namun, ini berlaku kerana
kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai siapa mengarahkan peserta Bersih
3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ia juga kerana sebilangan
besar wartawan hadir sidang media anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya
pagi Isnin adalah mereka yang turut berada di Dataran Merdeka; malah tahu
jawapan 'ding dong' Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung
perkara itu.
Anwar, Azmin dan Naib
presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata seolah-olah mereka saja
bercakap betul dengan menafikan memberi isyarat supaya peserta merempuh
halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55 petang itu.
Malah, Anwar dan Azmin
seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan
Barisan Nasional (BN)
Mereka akan bertanya dahulu,
wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana.
Ketika Agendadaily bertanya
soalan mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih
‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNO…Ini soalan UMNO”.
Kenapa Anwar takut dan mahu temberang
kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin
untuk bertindak bersama peserta Bersih.
Anwar berdolak dalih
mendakwa beliau beri isyarat minta laluan, isyarat mahu peserta masuk ke kanan
– arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke kiri – arah ke Dataran Merdeka.
Beliau juga kata beri
isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan pegawai polis yang kononnya ada di
situ untuk minta kebenaran berkumpul secara aman.
Azmin dalam sidang media
sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan menambah beliau memberitahu Anwar
“Saya sudahpun berunding dengan polis,”
Namun timbul persoalan jika
benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik
sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar
keselamatan yang dipasang polis itu.
Dalam video tersebut jelas
rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan
Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.
Kenapa Azmin tidak
menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap
seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan
semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan
pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu.
Azmin akhirnya terperanjat
apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran
Merdeka…boleh masuk…boleh masuk,” .
“Bohong’, jerit Azmin
menafikan pendedahan wartawan tersebut.
Namun Azmin kantoi bila
wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dkatakan Ahli
Parlimen Gombak itu.
Dalam sidang media di
pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati
dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas
mengenai peristiwa tersebut.
Anwar sengaja pusing cerita
kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil
lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan
polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak
puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang
tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan
pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi
menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya
menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “kami
semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir
pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar
apa yang berlaku.
“Saya sendiri lihat peserta
Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai.
Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi…mereka hanya merempuh
selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.
Anwar dan rakan-rakan media
lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya
soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang
media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0
sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.
Beliau memarahi Anwar kerana
gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh
mati begitu saja. Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.
Namun lelaki dikenali
sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di
negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu
berpunca kerana pembangkang memulakannya.
Benjy mendakwa, beliau hadir
untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan
pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan
kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana
ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa
angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah
tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun
sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak
kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.
Malangnya Presiden PKR Datin
Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.
Jelaslah, beliau adalah
boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmkin.
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh
Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai
‘duduk dan dengar’ saja.
Selepas sidang media hampir
sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin
mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan
masuk Dataran Merdeka itu.
Jawapannya, mereka terpaksa
buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh
dipersalahkan sepanjang masa.
Kepada Anwar, jika beliau
anggap 28 April hari 'Merdeka Rakyat', beliau juga kena ingat 30 April – hari
ramai wartawan naik angin dengan 'ding dong' lakonan beliau yang memang sanggup
buat dan cakap apa sahaja asalkan cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai.(Agendadaily)
Those who organize this sort of rally have the responsibility to ensure all is peaceful and ensure the participant's safety.
ReplyDeleteThe protesters should also be rational, don't destroy public facilities due to emotions, its an irresponsible act.
ReplyDeleteAnwar terdesak nak jadi PM??
ReplyDeleteJika tidak bersalah, tentu tiada masalah mahu jawab segala pertanyaan. Bukannya mahu mengelak.
ReplyDeleteLari dari menjawab soalan pasti ada yang disembunyikannya.
DeleteAnwar pasti sukar nak menjawab semua persoalan yang dikemukakan.
ReplyDeletedia sukar menjawab sebab memang benar dia buat.. lepas ni tidak heran juga jika ajak penyokong2nya buat demo untuk mempertahankan beliau..
DeleteKetakutan semakin mendekati Anwar kerana risau akan terbongkar rahsia.
ReplyDeleteSaya tidak hairan sekiranya Anwar merancang untuk merusuh atau merempuh dataran merdeka untuk kepentingan politiknya. Agenda pembangkang memang banyak helah.
ReplyDeletememang sudah dirancang pun.. sebab itu perhimpunan Bersih dilaksanakan bila dekat2 pilihanraya umum..
DeleteAnwar satu2nya pemimpin didunia yang paling liat mahu mengaku kesalahan sendiri.. macam mana banyak bukti sekalipun, dia tetap akan nafi dan cuba putar belit.. beliau memang tidak layak jadi PM..
ReplyDeleteAnwar memang suka jika ada keganasan yang boleh memberikan beliau peluang untuk mendapatkan jawatan PM.. sedangkan pelajar2 juga tidak terkecuali menjadi mangsa ketamakan Anwar.. habis semua dia ajak turun berdemo..
ReplyDelete