ALOR SETAR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera
menyiasat buku terbaru hasil tulisan seorang aktivis muslimah liberal, Irshad
Manji.
Katanya hasil pandangan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, buku bertajuk “Islam, Liberty and Love” itu
dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam.
Beliau berkata setakat ini,
pihak berwajib termasuk KDN telah menjalankan siasatan dan membuat pemeriksaan
di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor namun kuasa untuk menyekat penjualan
buku itu di negara ini terletak di tangan KDN.
“Di Kuala Lumpur,
tempat-tempat yang dia (Irshad) pergi tu pihak-pihak bertanggungjawab sama ada
di Kuala Lumpur ataupun di Selangor telah pun mengambil tindakan
masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya tindakan memeriksa
sama ada buku itu ada dijual atau sebaliknya, perlu dilakukan kerana tidak
mendapat kebenaran untuk dijual.
“Tindakan untuk pengharaman
buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi pandangan kepada KDN dan
berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang
berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN
untuk buku ni diambil tindakan,” katanya.
Irshad, seorang pendukung
lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di peringkat antarabangsa,
dikatakan masuk ke negara ini tiga hari lalu untuk melancarkan buku terbarunya
itu.
Dia telah melancarkan buku
terbarunya itu semalam dan pulang ke Kanada malam tadi.
Irshad pernah mengarang buku
yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With
Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie,
penulis novel “The Satanic Verses”.
Sebelum ini, Jakim dan KDN
menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya
boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini.
Ideologi tersebut juga jelas
bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara
3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), akta dan
enakmen agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. (Bernama)
jika benar buku tersebut merbahaya, jgn benarkan ia berada di Malaysia.
ReplyDeleteMemang bahaya, semua agama melarang hubungan sejenis dan sebagainya.
Deletemasing-masing ada tafsiran yang bebeza. Itu yang selalu meneglirukan umat.
ReplyDeleteNampaknya buku keluar Irshad ini telah mendapat bantahan untuk dipasarkan.
ReplyDeletetidak hairan buku tu diharamkan di M'sia.
Deletejika artis2 antarabangsa boleh disekat, kedatangan Irshad Manji juga sepatutnya tidak ada masalah untuk disekat..
ReplyDeletekerajaan perlu tegas dalam kes sekat menyekat kehadirin orang luar di negara ini.. jika sebelum ini Hamza Kashgari tidak dibenarkan berada di negara ini, Irshad Manji juga patut menerima nasib yang sama..
ReplyDelete