Wednesday, 2 May 2012

DAKWAAN SEKS TIMBUL SEBAB BERSIH 3.0





TIMBALAN presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan melalui penyiaran gambar lucah blog Pro-Umno didakwa menunjukkan perbuatan seks beliau dengan seorang wanita

"Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog Pro-Umno," katanya.

Jelasnya, modus operandi tersebut sama dengan tindakan trio Datuk T mendedahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan individu mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

Tambahnya, dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

"Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata," katanya.

Beliau juga percaya fitnah melalui gambar lucah itu ditimbulkan kali untuk untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penipuan pilihan raya dan dan penyelewengan dana awam yang dibawa melalui perhimpunan BERSIH 3.0.

Gambar lucah itu antaranya disiarkan blog penyokong Umno seperti papagomo.com.

12 comments:

  1. Asyik2 isu seks. Ahli politik di negara ni rendah sangatkah moral mereka?

    ReplyDelete
  2. Kalau mahu jatuhkan saingan masing2, guna la cara yang lebih profesional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan ni lebih kepada serangan peribadi.

      Delete
    2. Opposition also used the same strategy against BN members.

      Delete
  3. isu seks lagi. tapi orang PR ni mmg byk skandalah.

    ReplyDelete
  4. Adik Azmin, Ummi Hafilda dan juga ibunya sendiri tidak menyebelahi Azmin.

    ReplyDelete
  5. How would we know whether its true or not? Azmin Ali should step out and explain this.

    ReplyDelete
  6. Sebijik macam Azmin ini. Apa pun kita tunggu saja selepas ini siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. PKR sendiri yang sabotaj Azmin, masalah dalaman PKR yang semakin sengit untuk menarik perhatian Anwar kepada ahli2 lain.

    ReplyDelete
  8. jangan la alihkan perhatian konon isu itu timbul kesan dari perhimpunan Bersih.. untuk apa umno mahu alihkan perhatian terhadap sesuatu isu yang telahpun berlaku??

    ReplyDelete
  9. jika semua ini hanya fitnah semata2, baik Azmin ambil tindakan undang2 terhadap pihak yang memulakan fitnah ini.. jangan hanya sekadar nafi tapi tidak berani ambil tindakan undang2..

    ReplyDelete