Wednesday, 2 May 2012

PRO-KOMUNIS SERTAI BERSIH 3.0?






MANTAN Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.

"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi pro-komunis yang lepas," kata Hanif.

Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis. (Bernama)

10 comments:

  1. Betulkah dakwaan mantan KPN ini? Tajam sungguh penglihatan beliau.

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil jika ada golongan pro-komunis yang terlibat. Tengoklah kesudahan perhimpunan Bersih 3.0 baru2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rusuhan, mungkin ada pihak2 yang mengunakan agenda bersih untuk buat rusuhan.

      Delete
  3. jgn gugat lagi keamanan negara kita.

    ReplyDelete
  4. Tidak mustahil 'style' zaman dulu akan kembali hot pada zaman sekarang. macam juga style2 pakaian,rambut dsbgnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga, tapi biarlah style yang positif

      Delete
  5. Kalau dilaksanakan ikut undang2 dan tidak langgar syarat, mungkin perhimpunan Bersih ni berjalan dengan baik. Tapi oleh sebab ada manipulasi pihak2 tertentu untuk kepentingan politik maka berlakunya kekecohan dan keganasan. Provokasi pun menjadi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penganjur2 Bersih dan pemimpin2 pembangkang sudah menjangkakan semua ini akan berlaku.. secara rasionalnya, mereka tentunya tidak mampu mengawal perhimpunan yang disertai ratusan ribu rakyat.. dalam lautan manusia ini, seorang buat provokasi, yang lain juga akan ikut..

      Delete
  6. Inilah yang kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku.

    ReplyDelete
  7. patut la perhimpunan ganas semacam.. rupanya penganjur Bersih guna khidmat komunis untuk buat huru hara..

    ReplyDelete