Tuesday, 8 May 2012

DURIAN RUNTUH’ LUAR BIASA UNTUK PENEROKA FELDA




 
GANTUNG.....Penduduk FELDA Jengka 8 menggantung kain rentang ‘Terima Kasih Perdana Menteri Dengan Pemberian Durian Runtuh’ sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri, di FELDA Jengka 8, Jerantut, hari ini.

Oleh : ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR : Durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini disifatkan oleh masyarakat FELDA sebagai luar biasa serta pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak ditubuhkan pada 1956.

Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata pengumuman berkenaan sangat bermakna kepada 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA serta generasi kedua mereka yang selama ini tidak pernah hilang keistimewaan pada mata kerajaan.

“Menerusi siri jelajah kita di lebih 40 tanah rancangan, ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman ini dan saya percaya mereka akan berpuas hati kerana inilah pemberian paling besar yang pernah kita dapat, selain bonus tahunan dan duit raya FELDA.

“Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) kepada Berita Harian, semalam.

Hari ini, Perdana Menteri akan mengumumkan jumlah durian runtuh yang bakal diterima peneroka FELDA berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, di Jerantut, Pahang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peneroka FELDA, Saad Latib, berkata durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan FELDA kepada masyarakat peneroka yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
“Mereka tentunya amat berterima kasih atas pemberian itu kerana tidak dapat dinafikan ia begitu istimewa dan sepanjang 40 tahun bersama FELDA, saya tidak pernah mendapat durian runtuh yang sebegini besar,” katanya.

Presiden Dewan Perniagaan Generasi FELDA, Mohd Rosidi Hassan, berkata pengumuman Perdana Menteri akan memberi nafas baru kepada masyarakat FELDA, termasuk generasi kedua yang selama ini mendapat manfaat.

“Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan,” katanya.

7 comments:

  1. Tahniah kepada Peneroka Felda kerana bakal menerima RM15,000 untuk usaha mereka selama ini.

    ReplyDelete
  2. Semoga generasi muda Felda akan teruskan usaha dalam program Felda.

    ReplyDelete
  3. nasib peneroka Felda tidak pernah diabaikan, kini mereka mendapat durian runtuh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga durian runtuh akan dapat dinikmati lagi

      Delete
  4. Terima kasih kepada PM atas pengumuman yang mengembirakan peneroka Felda.

    ReplyDelete
  5. ketika ada pihak yang cuba memburuk2kan pemberian durian runtuh oleh PM ini, ada juga dikalangan penduduk felda sendiri tampil menyokong dan memuji pemberian PM kepada mereka..

    ReplyDelete
  6. syabas kepada Najib kerana berjaya meyakinkan penduduk felda berkenaan dengan kemampuan kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka..

    ReplyDelete