JANAKUASA.....CHIN
(kanan) bersama Tan (kiri) ketika melawat stesen janakuasa Gantisan di sini,
kelmarin.
Oleh : NOORASVILLA MUHAMMA.
SANDAKAN: Sebanyak RM49.2
juta diperuntukkan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
untuk melaksanakan projek memperbaiki dan mempertingkat bekalan elektrik di
daerah ini.
Ia meliputi RM43 juta bagi
pembangunan infrastruktur penjanaan di Batu Sapi sementara RM6.2 juta untuk
infrastruktur sistem pembahagian janakuasa bergerak.
Selain itu, RM12 juta turut
diagihkan ke Sandakan untuk kerja pemulihan stesen janakuasa dan pembinaan suis
utama 11 kV daripada keseluruhan RM321.9 juta peruntukan di bawah Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pelaksanaan projek itu
adalah antara usaha kerajaan dalam mengukuhkan sistem penjanaan, penghantaran
dan pembahagian bekalan elektrik sekaligus mengurangkan Bacaan Indeks Purata
Tempoh Gangguan Elektrik (Saidi) pengguna di negeri ini.
“Projek infrastruktur
penjanaan Batu Sapi akan mempunyai 20 megawatt (MW) bekalan elektrik apabila
siap November depan. Sementara, set janakuasa bergerak yang dipindahkan dari
Pantai Barat ke Sandakan pada Julai ini menyalurkan 8MW bekalan elektrik.
“Peruntukan bagi dua projek
tersebut sepatutnya disalurkan tahun depan, bagaimanapun ia dibawa dan
dilaksanakan tahun ini untuk memenuhi permintaan pengguna di daerah ini yang
semakin meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
sidang media di sebuah hotel di sini selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke
beberapa stesen janakuasa di Sandakan, kelmarin.
Untuk rekod, permintaan
bekalan elektrik pada beban puncak di Sandakan ketika ini adalah sebanyak
106.6MW dan dijangka meningkat kepada 120MW sehari pada 2015.
Manakala kapasiti penjanaan
di daerah ini adalah sebanyak 197.5MW, bagaimanapun hanya 100.7MW kapasiti
penjanaan yang boleh diharap.
Dalam pada itu, Chin turut
memberitahu penelitian secara terperinci akan dilakukan oleh beberapa pihak
berkaitan untuk memastikan insiden bekalan elektrik terputus di negeri ini pada
30 April lepas tidak berulang semula.
Beliau yang kesal dengan
insiden itu berkata, antara langkah itu termasuk mempercepat pemulihan stesen
janakuasa Batu Sapi dan pemindahan mobile generator set dari Kota Kinabalu ke
Sandakan.
“Kita akan berbincang
mengenai haluan untuk masa depan bagi sistem janakuasa di Sabah. Ia tidak
bermaksud kita tidak mempunyai sebarang pelan sokongan sebelum ini.
“Tetapi kali ini, kita akan
memberi penelitian terhadap semua pelan yang ada untuk melihat mana yang perlu
kita tambahbaik terutama di bahagian pengagihan,” katanya.
Hadir sama Menteri
Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Pengarah Urusan Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Haji Abd Razak Sallim, Ketua Pegawai Operasi
Tenaga Nasional Berhad, Dato’ Azman Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya
Tenaga Malaysia, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Elopura, Au Kam Wah. (UB)
Semoga RM49.2 juta yang diperuntukan ini untuk mempertingkatkan bekalan elektrik di Sabah akan digunakan dengan sebaik mungkin.
ReplyDeleteSemoga selepas usaha menaik taraf sistem pembahagian janakuasa bergerak ini akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik.
ReplyDeletemoga dgn ini masalah elektrik yang sering berlaku dpt diatasi.
ReplyDeletePembangunan elektrik ini untuk memastikan masalah bekalan elektrik yang berlaku dapat diatasi. Semoga peruntukkan itu akan digunakan sebaiknya.
ReplyDeletesaya haram rm60 juta ini mampu menyelesaikan masalah elektrik di negeri ini..
ReplyDeleteYa, harap2 la tu peruntukan boleh selesaikan masalah elektrik di Sabah, harap2 juga seluruh Sabah dapat menikmati bekalan elektrik.
Deletememandangkan bekalan elektrik di negeri ini masih belum ditahap yang stabil, saya rasa lebih baik kerajaan menurunkan terif elektrik khas untuk negeri ini.. hanya setelah bekalan elektrik benar2 stabil, barulah tarif elektrik sabah diselaraskan dengan tarif di negeri2 lain..
ReplyDeleteMereka yang menerajui projek tu harus memastikan semuanya bergerak seperti yang dirancangkan.
ReplyDelete