KADAR gaji minimum bagi
Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi
Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85
sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata gaji minimum
itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali
perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
"Tarikh mula kuat kuasa
pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum
diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum
Sektor Swasta di sini Isnin.
Pengumuman itu juga sempena
sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa
daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.
Najib berkata kerajaan turut
menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak
membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan
penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji
minimum.
Bagaimanapun, katanya untuk
memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat
kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum
diwartakan.
Perdana Menteri berkata
pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti
klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru
perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau
kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
"Pemberian tempoh masa
yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya
bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
"Kerajaan juga menyediakan
mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak
dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh
peralihan," katanya.
Jelas Najib lagi kerajaan
menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum
ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.
Namun untuk permulaan,
katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank
Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.
"Sekiranya gaji minimum
ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka
menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing,"
katanya.
"Jika perkara itu
berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai
pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini
berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan
nasional," katanya.
Najib berkata kerajaan juga
sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung
dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada
tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan
wilayah tersebut.
"Perbezaan gaji antara
dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara
hidup yang ketara," katanya.
Namun begitu, beliau berkata
untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji
minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji
minimum di Semenanjung Malaysia.
Kadar gaji minimum yang
ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa
ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas
beliau.
Pada pembentangan Bajet
2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam
penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji
minimum di negara ini.
Susulan itu, Kementerian
Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal
perundangan yang berkaitan.
Hasilnya, Akta Majlis
Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada
sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN
telah ditubuhkan pada 28 September 2011. (Bernama)
Hopefully the minimum wage policy will be enforced 6 months from now.
ReplyDeleteIni juga akan membawa impak yang negatif terutama perkembangan harga barangan.
DeleteThe people have been urging the government to establish the minimum wage policy, I'm glad to see that the government has finally agree to it.
ReplyDeleteSemoga akan berlaku transformasi positif melalui gaji minimum ini.
ReplyDeleteMajikan yang berpendapatan kecil perlu dipertimbangkan untuk pengecualian bagi mengikuti skim gaji ini. Jika diwajibkan, berkemungkinan hanya akan galakkan pengambilan pekerja asing.
ReplyDeletebgslah gaji minimum dah dilaksanakan. tapi lebih baik jika kadar gaji minimum di selaraskan diseluruh negara.
ReplyDeleteAdakah ini termasuk juga partimer?
ReplyDeletePengumuman telah dibuat, harus juga mendengar "feedback" golongan awam untuk mengkaji kelemahan yang ada.
ReplyDeleteIts proven the government are caring and helping the low income people.
ReplyDeleteA great start for transformation.
ReplyDeleteia akan menjadi satu perkara yang amat baik jika kerajaan persekutuan dapat meluluskan gaji minimum ini
ReplyDeleteharap ada perkembangan dijangka lewat tahun ini..
ReplyDeleteIni sudah tentunya boleh membantu meningkatkan taraf perkhidmatan dan motivasi para pekerja awam.
ReplyDeletepekerja mungkin lebih bersemangat selepas gaji minimum ini dilaksanakan.
Deleteharap gaji minimum ini tidak akan kekal statik, semoga ia terus meningkat dalam tahap tertentu..
ReplyDeleteLet’s see how smooth it will go in the next 6 months.
ReplyDeletebelum tahu lagi apa impak terhadap rakyat and majikan.
ReplyDeletetunggu dan lihat saja..tapi setakat ini sambutan adalah baik.
DeleteLets see how the employer workout about the minimum rate.
ReplyDeleteTerbukti kerajaan berhasrat untuk membaiki taraf kehidupan rakyat.
ReplyDeleteharap kerajaan akan terus berusaha untuk membantu rakyat.
DeleteHow more info and guideline about such implementation.
ReplyDeleteAda kebaikan dan ada juga keburukan.
ReplyDeletesetiap pekara ada kelebihan dan kekurangan, yang penting penambahbaikan perlu ada.
DeleteNampaknya banyak yang tidak begitu bersetuju dengan gaji minimu tersebut. Ini kerana perlu juga ikut kelulusan yang ada pada seseorang itu.
ReplyDeleteHarap2 juga ada yang positif la mengenai gaji minumum
DeleteSekuranyg-kurangnya Sabah mempunyai tahap minimum gaji jadi tidak la sembarang dikasi gaji.
ReplyDeletebolehlah dikatakan satu perkembangan yang baik dan satu permulaan yang baik..
Deletesepanjang pelaksanaan skim gaji minimum ini, kerajaan perlulah mengkaji kesan2nya terutamanya berkenaan dengan harga barang dan juga pengangguran.. jangan biarkan perkara ini berlaku..
ReplyDelete