KUALA LUMPUR : Pengguguran
Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara
hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas
menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara
tulen seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.
Ketua Pergerakan Puteri Umno
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan yang dikenakan terhadap
Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak
dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan
peribadi, dan bukannya mewakili parti.
"Parti yang katanya
memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan
bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka
perjuangkan," katanya dalam kenyataan media.
Tunku Abdul Aziz menimbulkan
kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila beliau berkata perhimpunan 28 April di
tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang
memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar
halangan polis di Dataran Merdeka.
Setiausaha agung Pemuda MCA
Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya
mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja. (Bernama)
nampanya tak ada kebebasan dalam DAP, kerana mengkritik Bersih sahaja di gugurkan dari senator, tak patut langsung.
ReplyDeleteDAP memang bukan parti demokrasi
DeleteDAP tidak amalkan demokrasi dan hak bersuara dalam parti ke?? Kesian.
ReplyDeleteJangan kerana taksub untuk berkuasa, tidak sanggup terima hakikat sebenar. Guna saluran yangb betul untuk sampaikan rasa tidak puas hati tu.
ReplyDeleteGila kuasa pun susah juuga, lebih baik sederhana dan laksanakan tugas sebaik mungkin
DeleteMemang DAP tidak patut melakukan sedemikian hanya keraja tidak menyokong BERSIH yang direka untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kotor ini.
ReplyDeleteyup.. setuju.. Pakatan sibuk kehulu kehilir melaung2kan kebebasan bersuara(demokrasi) sedangkan mereka sendiri gagal melaksanakan kebebasan bersuara dikalangan ahli parti sendiri..
ReplyDeletesekiranya Pakatan diberikan mandat mentadbir negara ini, apa pula akan jadi kepada rakyat yang mengkritik pentadbiran mereka?? apa akan jadi jika rakyat berhimpun membantah mana2 tindakan mereka yang difikirkan tidak sesuai untuk rakyat di negara ini??
ReplyDelete